SITE VISIT JKAS TAHUN 2
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga belum terlambat bagi pihak Jabatan
Kejuruteraan Awam dan Sekitaran (JKAS) tahun 2 untuk menyampaikan berita
mengenai lawatan kami ke sebuah syarikat pembuatan konkrit buat julung-julung
kalinya bagi pelajar-pelajar JKAS/2 sesi 2012-2016.
Pada hari Rabu, 23 Oktober yang
lalu, pelajar-pelajar JKAS/2 telah menjalankan program lawatan ke Precast
Products Sdn Bhd, sebuah
kilang pembuatan konkrit di Senawang. Seramai 48 orang pelajar JKAS/2 telah
menyertai lawatan tersebut. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para
pelajar JKAS/2 tentang pembuatan konkrit dan jenis-jenis konkrit komersial.
Lawatan kami bermula pada pukul 10 pagi sehingga 3 petang.
Lawatan yang dikendalikan Puan
Noraini binti Hamzah, salah seorang pensyarah kami ini merupakan inisiatif
pensyarah kuliah kami sendiri iaitu Dr. Roszilah binti Hamid yang menggesa kami
untuk menjalankan satu sesi lawatan untuk mendapatkan pemahaman lebih jelas tentang selok-belok konkrit. Ternyata, segala
yang kami pelajari daripada lawatan ini adalah satu kelainan kerana segala
pendedahan di kilang tersebut tidak diajar dalam kuliah kami.

Setelah selesai sesi lawatan di sekitar kilang tersebut, maka sesi soal jawab dibuka kepada para pelajar untuk bertanyakan soalan kepada wakil-wakil kilang tersebut. Pelbagai soalan ditanya, termasuklah soalan-soalan di luar skop pengajian kami mengenai konkrit. Setelah berakhirnya sesi soal jawab, maka berakhirlah sesi lawatan kami ke Precast Products Sdn Bhd.
Akhir
kata daripada penulis, semoga lawatan ini menjadi batu loncatan bagi kami untuk
meningkatkan keghairahan kami dalam mempelajari bidang konkrit dengan lebih
baik.
Muhammad Taufiq bin Othman
Wakil Jabatan Kejuruteraan Awam dan Sekitaran (JKAS)
Wakil Jabatan Kejuruteraan Awam dan Sekitaran (JKAS)
0 ulasan:
Catat Ulasan