KARNIVAL SUKAN FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA ( KASUTRA )



          Pada 13 Disember 2014, Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuteraan dan Alam Bina (PEMATRA) telah menganjurkan Karnival Sukan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (KASUTRA). Karnival ini disertai oleh warga fakulti yang diuruskankan oleh 46 orang ahli jawatankuasa dan dipantau oleh pensyarah penasihat . Karnival ini dijalankan pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di gelanggang sukan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO).

          Sukan yang telah dipertandingkan semasa karnival ini adalah futsal, bola jaring, bola tampar dan bola keranjang. Program ini telah berjaya dijalankan dan mendapat sambutan yang baik. Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap permainan yang yang dipertandingkan.

Futsal
1. John Putih ( JKMB 2)

2. Peneutralisasi Pilu (JKKP 3)

3. JKEES 3

Bola Tampar (Lelaki)

1. JKEES 3

2. JKAS 4

3. JKMB 3

Bola Tampar (Wanita)

1. Manis (JKEES 3)

2. JKMB 3

Bola Keranjang

1. DNL

2. Peace

3. JKMB 3

Bola Jaring

1. JKAS 4

2. Gadis Cun (JKKP 3)

3. Manis ( JKEES 3)



        Karnival sukan ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh PEMATRA. Program ini diharapkan menjadi program perintis dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan mahasiswa/i. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara mahasiswa/i di UKM khususnya warga Fakulti Kejuruteraan. Selain itu program ini juga dapat memupuk semangat perpaduan sesama pelajar dengan harapan dapat meningkatkan lagi interaksi antara mahasiswa/i. Mahasiswa juga dapat memahami antara satu sama lain seterusnya saling bantu membantu dalam kerjasama berpasukan. Program ini diharap dapat melahirkan dan mengetengahkan atlit berpotensi besar lagi berkualiti di peringkat universiti. Selain itu, peserta diharapkan dapat memajukan sukan seterusnya menjadikan bidang sukan sebagai salah satu kerjaya atau profesion. Terima kasih kepada semua peserta dan ahli jawatankuasa yang menjayakan program KASUTRA ini.




AJK bersama pemain-pemain




Sesi penyampaian hadiah



Team Futsal JKEES Tahun 3



Team Bola Jaring JKKP Tahun 2


Team Bola Tampar JKAS Tahun 4


Team Bola Jaring JKAS Tahun 4


Semasa perlawanan Futsal berlangsung


Semasa perlawanan Bola Jaring berlangsung




0 ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM TOUR IMAM MUDA ASYRAF & PROGRAM FIQH KERAHSIAAN WANITA


       Pada hari Sabtu bersamaan dengan 22 November 2014, Exco Kebajikan dan Kerohanian Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Dan Alam Bina UKM telah bekerjasama dengan Imam Muda Asyraf mengadakan program berunsurkan keagamaan bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Program ini juga bertujuan untuk mengimarahkan prlajar-pelajar di UKM dengan pengisian rohani dalam diri mereka. Program ini dapat menjadi inspirasi kepada mahasiswa mengenai nilai-nilai agama yang telah disampaikan oleh Imam Muda Asyraf.

       Selain itu, program ini juga menjemput Ustaz Fauwaz Fadzil untuk memberi pendedahan kepada buku yang telah beliau terbitkan iaitu "Fiqh Kerahsiaan Wanita". Dalam slot beliau, beliau telah memberitahu secara ringkas mengenai buk yang telah beliau terbitkan. program ini telah mendapat ramai sambutan dari pelajar UKM dan orang luar.






Sewaku pendaftaran berlangsung


Suasana sewaktu majlis dijalankan


Imam Muda Asyraf dan Ustaz Fauwaz Fadzil


Exco Kebajikan dan Kerohanian bersama Imam Muda Asyraf dan Ustaz Fauwaz Fadzil


Presiden Pematra, Saudara Fikri bersama Imam Muda Asyraf
   

0 ulasan:

Catat Ulasan