"STUDY LAST MINUTE"

Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

Saat-saat genting dan penting buat para penuntut Ilmu. Kayu ukur menentukan kesungguhan, kecekalan dan ketekunan kita.


Berbahagia dan beruntunglah kita jika kita telah berusaha semaksima dan bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik. Yakinlah Allah SWT, akan memandang setiap titik peluh kita serta segala usaha untuk memetik kejayaan di penghujungnya.
Ketahuilah, melalui usaha ini terdapat banyak pahala dan ganjaran daripada Allah SWT. Itulah nikmat dari yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Formula Kita :

Usaha maksima + Strategi berkesan + Doa Tawakal berterusan = Kejayaan Digenggam ^_^


0 ulasan:

Catat Ulasan

RAPAT UMUM BERSAMA PELAJAR ANTARABANGSA

Exco Akademik dan Antarabangsa baru-baru ini telah mengadakan sedikit rapat umum bersama-sama pelajar antarabangsa dari Jerman. Walawehhhh Ohsem ^_^ !!

Sebenarnya , tujuan utama Rapat Umum ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan bersama pelajar antarabangsa serta dapat bertukar-tukar buah fikiran dan pengalaman dari mereka semua. Semoga ukhwah yang terjalin bersama selamanya.

Dengan izin Allah, pihak 
Exco Akademik dan Antarabangsa dalam perancangan ingin mengadakan satu program ke luar negara bersama-sama pelajar tahun 2 dan 3 dari Jerman supaya mewujudkan rangkaian antarabangsa di antara pelajar-pelajar FKAB dengan pelajar luar yang juga menjadi platform bagi mengadakan aktiviti atau program secara bersama di peringkat antarabangsa. Walawehhhh Ohsem >_< !!
-KAMI BUDDIES, KAMI TAKKAN TERPISAH-

#PematraShare #PematraCare



0 ulasan:

Catat Ulasan

GOOD LUCK FOR YOUR EXAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuteraan Alam Bina ingin merakamkan ucapan selamat menghadapi peperiksaan kepada seluruh warga FKAB. Semoga segala usaha mahasiswa dan mahasiswi UKM selama ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Ingatlah tanggungjawab anda sebagai mahasiswa mahasiswi,tanggungjawab anda sebagai anak dan pemimpin negara di masa hadapan kelak.

 "Selamat Menghadapi Peperiksaan" ^_^

"YA ALLAH,PERMUDAHKANLAH SEGALA USAHA KAMI DALAM MENEMPUH CABARAN HIDUP YANG ENGKAU BERIKAN,TENANGKANLAH HATI KAMI DALAM MENIMBA ILMU DAN KURNIAKANLAH KESIHATAN YANG BAIK SEMASA KAMI MENGHARUNGI PEPERIKSAAN,AMIN YA RABBAL'ALAMIN"


0 ulasan:

Catat Ulasan

Teach For The Needs

Alhamdulillah Konvensyen #TFTN2013 telah berlangsung dengan baik - TFTN bakal disertai sukarelawan-sukarelawan baru. Konvensyen berjaya membuka mata masyarakat mengenai kepentingan pendidikan kepada semua. Banyak penulisan dan pertanyaan diterima untuk terus membantu TFTN.

Melungsur ke tahun 2014, diharapkan usaha kita bertambah rancak buat anak-anak di EP - sesungguhnya semua usaha kita, tidak kira dari mana pun akhirnya bertujuan untuk memberikan pendidikan yang lebih baik kepada mereka. Demi anak-anak TFTN.

Diharapkan juga semua sukarelawan mengambil masa memahami dengan lebih jelas Tiga Tunggak UTAMA TFTN - yang akhirnya semua adalah demi anak-anak TFTN seperti berikut:

1) anak-anak TFTN - turun ke RAY, turun ke sekolah - turunkan kasih sayang kpd anak2
2) Sukarelawan (terdiri semua samada BOD, admin, managers, sukarelawan, mahasiswa dan guru) - latihan, modul, self esteem, self belonging, dll
3) Kuasa Ketiga - menukar persepsi masyarakat - mendesak dasar yg lebih baik untuk anak2 TFTN

Saya ingin mengambil peluang ini untuk ucapkan tahniah sekali lagi kepada semua sukarelawan yang sering saya nukilkan sebagai kiriman dari langit. Sukarelawan yang menggadaikan jiwa raga mereka tanpa ragu dan keluhan. Sukarelawan yang menatang gelodak dan menenangkan jiwa anak-anak TFTN dan memberikan mereka kasih sayang. Saya tidak akan cuba menamakan satu-satu nama mereka kerana mereka terlalu ramai dan saya akan berlaku tidak adil. Tahniah semua.

Semoga maju jaya untuk terus memulakan kelas menjelang 2014. Saya doakan yang terbaik.

Ikhlas, Anas Alam Faizli, TFTN

#PematraCare #PematraShare

0 ulasan:

Catat Ulasan

PERJUMPAAN BERSAMA DEKAN FKAB


20 November 2013- Satu perjumpaan diantara wakil Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina(PEMATRA) dan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) FKAB bersama Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Prof. Ir. Dr Marzuki Mustafa telah diadakan. Perjumpaan tersebut juga dihadiri oleh wakil-wakil ketua dari setiap jabatan dan pihak pengurusan fakulti.

PEMATRA dan MPP FKAB  telah membentang beberapa aduan berkenaan dengan infrastruktur dan kemudahan yang berada di fakulti. Aduan ini merupakan aduan yang diterima oleh pihak PEMATRA melalui Buku Aduan yang dilancarkan pada awal bulan Oktober yang lepas.

Diantara aduan yang diberikan ialah:

1) Lampu jalan dihadapan Fakulti.
MPP Ahmed Amri telah melaporkan keadaan ini kepada pihak JPP. Pihak Fakulti juga menyarankan agar permasalahan ini serta merta dilaporkan menggunakan sistem e-fact. Peringkat fakulti juga akan mengambil berat berkenaan aduan ini.

2) Kemudahan Water Dispenser
Pihak pengurusan fakulti memaklumkan bahawa pada sesi lepas dua buah mesin Water Dispenser telah dibekalkan untuk kemudahan warga fakulti. PEMATRA dan MPP FKAB menegaskan bahawa kemudahan tersebut tidak berfungsi dengan baik dan membahayakan kesihatan pengguna. Pihak pengurusan bersetuju untuk melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

3) Banjir berikutan hujan yang lebat
Pihak fakulti sedia maklum berkenaan aduan ini, berikutan kebocoran yang berlaku di beberapa pejabat pentadbiran bangunan lama. Pihak fakulti telah mengenal pasti punca sebenar berlaku kebocoran adalah kerana kualiti siling yang rendah justeru penaiktarafan secara berperingkat-peringkat akan dilaksanakan. Masalah banjir ini juga berlaku di bahagian luar makmal OBE.

4) Kebanyakan soket di foyer tidak berfungsi
En. Zaidi, Penolong Pendaftar FKAB meminta bantuan PEMATRA dan MPP bagi mengenal pasti secara spesifik soket-soket yang tidak berfungsi. Wakil pengawai teknikal fakulti memaklumkan pemasangan soket-soket di foyer sepatutnya berada dalam keadaan yang baik. pihak kami menegaskan bahawa banyak soket-soket yang tidak berfungsi dengan baik. Kami memohon agar dilakukan pemeriksaan semula terhadap soket-soket berkenaan. Dekan FKAB bersetuju dengan tindakan tersebut.

5) Penghawa dingin di Surau Wanita
Laporan yang diberikan diterima dan Prof. Marzuki memaklumkan agar pihak PEMATRA dan MPP FKAB melakukan “follow up” dengan pihak penyelenggaraan dan pembangunan FKAB.

6) Kemudahan Dewan-Dewan Kuliah
PEMATRA dan MPP FKAB telah memaklumkan beberapa DK yang berada dalam keadaan tidak kondusif.  Sejajar dengan proses menaik taraf siling-siling di fakulti, dewan-dewan kuliah yang dikenal pasti bermasalah juga akan dinaik taraf.

Sehingga sekarang hampir satu bulan selepas perjumpaan diadakan, PEMATRA dan MPP FKAB, telah melaksanakan “follow Up” berkenaan aduan yang telah diberikan. Pihak pengurusan fakulti memaklumkan bahawa semuanya masih dalam tindakan dan maklumat lanjut akan diberitahu kemudian kepada PEMATRA dan MPP.


Mustapha Kamel Husen Bin Abd Kadir
YDP Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan dan Alam Bina (PEMATRA) 13/14

0 ulasan:

Catat Ulasan

Engineering Driving Innovations

Masa: 2.00-.500 petang
Tempat: Ruang Legar Aras 6 Pusanika, UKM
Tarikh: 23 Dec 2013

oleh JKEES/4

come and show your support!!


0 ulasan:

Catat Ulasan

THE 2ND NATIONAL CONCRETE PONTOON COMPETITION (CPC) 2013



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Pada tanggal 11 dan 12 Disember bersamaan hari Rabu dan Khamis yang lalu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan satu pertandingan konkrit yang diberi nama “The 2nd National Concrete Pontoon Competition 2013” dan ia telah diadakan di  Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Sekitar (FKAS) UTHM sendiri dengan berbekalkan tema “Innovation In Sustainable Material Application”.

Pertandingan ini terbuka kepada seluruh IPT serta industri luar dan kategori yang dipertandingkan adalah dua iaitu poster dan konkrit. Untuk kategori konkrit, peserta dikehendaki mencipta sebuah konkrit ‘pontoon’ berukuran 500mm x 500mm x 100mm dan boleh terapung di atas air serta mencipta dua buah kiub berukuran 150mm x 150mm x 150mm menggunakan bancuhan yang sama untuk tujuan ujian kekuatan mampatan. Konkrit ‘pontoon’ tersebut kemudiannya akan diletakkan beban di atasnya secara berperingkat sehinggalah ia tenggelam. Konkrit yang mampu menahan beban yang paling tinggi akan menjadi pemenang. Manakala untuk kiub pula, ia akan diuji kekuatannya dengan menggunakan mesin pemampatan konkrit. Sehubungan dengan itu, Jabatan Kejuruteraan Awam Dan Struktur (JKAS) di bawah seliaan Profesor Madya Dr Roszilah Binti Hamid telah memilih dalam kalangan mahasiswa tahun 2 untuk menyertai pertandingan tersebut. Sebanyak dua kumpulan telah dipilih berdasarkan proposal yang dibuat dan setiap kumpulan terdiri daripada empat orang ahli.


Saya yang turut terlibat sama tempoh hari merasakan pertandingan seperti ini amat memberikan impak yang positif dari segi daya kreativiti dan inovasi  terhadap para peserta. Walaubagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepada kami dari UKM kerana pertandingan ini dimenangi oleh industri luar iaitu Syarikat Sika Kimia Sdn Bhd yang diketuai oleh Dr. Lai Fook Chuan selaku peserta dan merupakan Senior Scientist & Special Project Area Technology Manager di syarikat tersebut. Akan tetapi bagi saya kemenangan itu tidak penting kerana ini merupakan kali pertama kami memasuki pertandingan seperti ini malah, pesaing juga merupakan peserta-peserta yang hebat dari industri luar serta beberapa buah IPT seperti UTHM sendiri, UTM, UiTM, UPNM, Politeknik dan banyak lagi. Bagi saya yang paling berharga di sini adalah pengalaman serta ilmu yang ditimba sepanjang program.



Dalam kesempatan dan peluang keemasan ini, saya sempat mengambil sebeberapa banyak ilmu daripada para pemenang dan peserta yang lain serta membina hubungan atau jaringan secara tidak rasmi antara beberapa buah Kelab Kejuruteraan Awam daripada beberapa buah IPT melalui wakil kelab mereka, antaranya UTHM, UiTM, dan UTM kerana saya fikir Kelab Kejuruteraan Awam di UKM sukar untuk berkembang jauh sekiranya ia tidak bekerjasama dengan IPT lain. Maka atas inisiatif inilah satu jaringan secara tidak rasmi telah kami bentuk dengan tiga IPT ini secara permulaan untuk membawa Kelab Kejuruteraan Awam di UKM lebih maju kehadapan dan saya mempunyai hasrat suatu hari nanti untuk membina jaringan dengan seluruh kelab kejuruteraan awam dari seluruh IPT di Malaysia supaya bidang ini mampu menjadi satu bidang yang gah dan mampu menjadi pemangkin dalam melonjakkan Malaysia kehadapan. InshaAllah perbincangan lebih lanjut dengan wakil-wakil daripada IPT tersebut akan menyusul tidak lama lagi.




Akhir kalam, pertandingan berprestij seperti ini perlu kita ambil bahagian dan menjadikannya sebagai satu wadah untuk membina identiti tersendiri serta menjadikannya sebagai persediaan sebelum melangkah keluar dari alam kampus kelak. Saya dan rakan-rakan peserta berharap semoga pasukan UKM akan lebih cemerlang dan mantap untuk CPC yang akan datang.
Wallahualam.

Nurul Hafiz Bin Othman
Peserta CPC 2013
Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur


0 ulasan:

Catat Ulasan

PERODUA ECO-CHALLENGE (PEC) 2013


Pada 11-14 Disember yang lepas, Syarikat Perodua telah menganjurkan pertandingan Perodua Eco-Challenge (PEC) 2013. Pertandingan yang telah berlangsung selama 4 hari ini bermula pada hari khamis sehingga sabtu ini melihatkan penyertaan yang amat membanggakan dari universiti- universiti seluruh Malaysia.

Sebanyak 8 buah universiti serta 1 penyertaan daripada politeknik dalam pertandingan tersebut. Antaranya ialah UTM, UITM, UNIMAP,UMP,UTP,UKM, UNITEN, UTEM, Politeknik Ungku Omar (PUO). UKM turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dengan keretanya Perodua Aster i-bond. Pasukan ini dianggotai oleh 20 orang pelajar FKAB dan 5 orang pelajar FEP berserta pensyarah-pensyarah kedua-dua fakulti tersebut.Pelbagai acara dan kategori yang dipertandingkan. Antaranya ialah time-attack, fuel consumption, rekabentuk, engineering challenge, marketing challenge, serta iklan terbaik. Alhamdulillah, pasukan UKM telah memenangi satu kategori iaitu fuel consumption. Kategori ini ialah pertandingan menentukan kereta yang dapat meminimumkan penggunaan minyak. Kadar kuantiti minyak yang sama iaitu 2.5 liter diisi dalam setiap kereta, kemudian jarak terjauh yang dapat mereka lakukan akan menentukan keputusan. Pasukan UKM mendapat tempat keempat dan memenangi RM 2000.

Saya yang turut terlibat sebagai peserta merangkap ahli dalam “technical team” pasukan ini merasakan pertandingan-pertandingan seperti ini amat memberikan impak yang besar dalam pembinaan “soft-skill” kepada pelajar-pelajar yang menyertainya. Pelbagai ilmu kejuruteraan telah saya pelajari daripada pertandingan ini. Selain itu, saya memetik kata-kata Pengarah Perodua dalam ucapannya, “ PEC ini bukan sahaja melatih mahasiswa untuk mendalami ilmu kejuruteraan bahkan melatih skill komunikasi mereka dalam melaksanakan kerja atau tugasan yang diberikan”. Saya amat bersetuju dengan kata-kata beliau ini kerana banyak hubungan komunikasi dilakukan sepanjang menyertai pertandingan ini, bukan sahaja komunikasi antara ahli pasukan dan fakulti sahaja, bahakan komunikasi dengan pihak luar. Lantas, ia melatih soft-skill kita.

Akhir kalam, pertandingan-pertandingan berprestij tinggi sebegini perlu kita sebagai mahasiswa/I turut serta dalam usaha kita untuk membina identity tersendiri serta jadikan ia sebagai persediaan kita sebelum melangkah keluar dari alam kampus kelak. Semoga pasukan UKM akan lebih cemerlang untuk PEC yang akan datang.

Muhammad Sallehudin bin Khalid
Technical team PEC UKM

0 ulasan:

Catat Ulasan

KUTIPAN DERMA UNTUK MANGSA BANJIR

PMUKM kerjasama dengan beberapa Persatuan Anak Negeri (PAN) dan Persatuan Mahasiswa Fakulti akan mengadakan kutipan derma untuk mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Kami juga menerima sumbangan barangan selain daripada wang ringgit. Pusat pengumpulan barang adalah di bilik aktiviti pelajar fakulti masing-masing. Tabung derma juga akan diletakkan di beberapa kawasan fakulti. Maklumat lanjut boleh hubungi MPP Fakulti anda :

MPP Fakulti Undang-Undang : Jason Ng (018 958 6956)
MPP Fakulti Pendidikan : Syed Najib (017 909 2404)
MPP FTSM : Amirul Firdaus (017 933 4210)
MPP FKAB : Ahmed Amri IbnuZul ( 013 260 1490)
MPP FPI : Ammar Azlan (014 518 1078)
MPP FSSK : Puteri Nor 'Adilah ( 019 368 7435)
MPP FEP : Aqa Syah (019 463 7928)
MPP FST :Nurul Syifa' Mohd Shukri (019 250 4476)


0 ulasan:

Catat Ulasan

Hari BZ-BYTE CYBER INTERACTIVE DAY

Anda hebat dalam permainan PES??? Ingin menguji kecekapan & kelajuan jari anda menaip teks???
Inilah Masa yang ditunggu²! Mari bersama-sama memeriahkan program Hari BZ-BYTE CYBER INTERACTIVE DAY (Mini-BCI) 2013 yang akan berlangsung pada :
HARI : Sabtu TARIKH : 14 Disember 2013 MASA : 10:00 Pagi - 10:00 Malam TEMPAT : Foyer Kolej Aminuddin Baki PERTANDINGAN : PES (Pro Evolution Soccer) & Pertandingan Menaip
Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan siapa yang paling hebat dan berbakat dalam merebut gelaran juara PES & juara menaip apabila juara bertemu juara di peringkat final... Daftar dengan segera. Hadiah² menarik menanti para peserta...
# Untuk Pertandingan PES, sila daftar diri anda di link berikut : https://docs.google.com/document/d/1rijNlWqb1cBbpsKKrgCCIUDJuUbtDLU2exmOSBMkwns/edit?usp=sharing
# Untuk Pertandingan Menaip, sila daftar diri anda di link berikut : https://docs.google.com/document/d/15n5oltXIq4eHhRBwYcc6d5gxn68RryCgS_Ur-y4yqQQ/edit?usp=sharing

0 ulasan:

Catat Ulasan

SITE VISIT JKAS TAHUN 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


         

   Semoga belum terlambat bagi pihak Jabatan Kejuruteraan Awam dan Sekitaran (JKAS) tahun 2 untuk menyampaikan berita mengenai lawatan kami ke sebuah syarikat pembuatan konkrit buat julung-julung kalinya bagi pelajar-pelajar JKAS/2 sesi 2012-2016.
            Pada hari Rabu, 23 Oktober yang lalu, pelajar-pelajar JKAS/2 telah menjalankan program lawatan ke Precast Products Sdn Bhd, sebuah kilang pembuatan konkrit di Senawang. Seramai 48 orang pelajar JKAS/2 telah menyertai lawatan tersebut. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar JKAS/2 tentang pembuatan konkrit dan jenis-jenis konkrit komersial. Lawatan kami bermula pada pukul 10 pagi sehingga 3 petang.

            Lawatan yang dikendalikan Puan Noraini binti Hamzah, salah seorang pensyarah kami ini merupakan inisiatif pensyarah kuliah kami sendiri iaitu Dr. Roszilah binti Hamid yang menggesa kami untuk menjalankan satu sesi lawatan untuk mendapatkan pemahaman lebih jelas  tentang selok-belok konkrit. Ternyata, segala yang kami pelajari daripada lawatan ini adalah satu kelainan kerana segala pendedahan di kilang tersebut tidak diajar dalam kuliah kami.
            Kilang tersebut menghasilkan dua jenis konkrit komersial yang digunakan sebagai struktur bangunan sama ada sebagai dinding, papak atau ruangan. Jenis-jenis konkrit tersebut ialah konkrit bertelulang (RC) dan konkrit teras berongga (Hollow Core). Konkrit bertelulang merupakan konkrit konvensional yang digunakan dalam pembinaan bangunan dan merupakan teknologi yang sudah lama diguna pakai. Namun, konkrit teras berongga merupakan sesuatu yang moden. Perihal konkrit teras berongga tidak diajar dalam kuliah kami. Konkrit teras berongga merupakan teknologi yang masih baru yang diguna pakai dalam pembinaan bangunan. Kelebihan konkrit ini ialah jisim yang lebih rendah walaupun mempunyai gred kekuatan yang sama dengan konkrit bertelulang kerana kewujudan rongga di tengah-tengah konkrit. Malah, konkrit ini boleh digunakan sebagai bumbung bangunan sebagaimana yang digunakan di kilang tersebut.

            Setelah selesai sesi lawatan di sekitar kilang tersebut, maka sesi soal jawab dibuka kepada para pelajar untuk bertanyakan soalan kepada wakil-wakil kilang tersebut. Pelbagai soalan ditanya, termasuklah soalan-soalan di luar skop pengajian kami mengenai konkrit. Setelah berakhirnya sesi soal jawab, maka berakhirlah sesi lawatan kami ke Precast Products Sdn Bhd.
            Akhir kata daripada penulis, semoga lawatan ini menjadi batu loncatan bagi kami untuk meningkatkan keghairahan kami dalam mempelajari bidang konkrit dengan lebih baik.



Muhammad Taufiq bin Othman
Wakil Jabatan Kejuruteraan Awam dan Sekitaran (JKAS)

0 ulasan:

Catat Ulasan

SHELL ECO MARATHON SHOWCASE

Rabu, 4 Disember 2013 - Satu majlis yang sangat menarik telah berlangsung dengan jayanya di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Majlis yang bermula dari awal pagi sehingga petang memberi impak yang sangat menakjubkan kepada para peserta.

SHOWCASE SHELL ECO-MARATHON ASIA!!



Showcase anjuran SHELL sendiri dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal kepada pasukan Malaysia yang kebanyakkan terdiri dari pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Ia juga merupakan sebagai satu "starter point" bagi semua pasukan agar lebih bersedia dengan pertandingan yang akan berlangsung di Manila, Filipina pada Februari 2014. Satu program yang besar dan melibatkan penyertaan dari semua peserta dari serata dunia. 

Shell Eco-Marathon Asia ini merupakan pertandingan antarabangsa yang menguji daya kretiviti para peserta dalam mencipta kereta yang lebih mesra alam dan efisien. Selama setahun pasukan EVORA  dan KENCANA FUEL CELL bertungkus-lumus menyiapkan  kereta masing-masing yang bakal menjadi juara pada Shell Eco-Marathon Asia 2014!!

Kami dari pihak PEMATRA mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA dan MAKE US PROUD!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Women ENgineer's Day 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pencarian ahli untuk Women ENgineer's Day 2014!!! Bertemakan Leadership Mentoring, semua bakal- bakal jurutera wanita digalakkan menyertai program ini. #Jkees #Jkmb #Jkas #Jsb #Jkkp Hubungi: 013-347 5884 (wawa)



0 ulasan:

Catat Ulasan

Kasutra 2013

Salam and happy good time FKAB ! The time has arrived! In conjunction with the KASUTRA UPCOMING, we are holding out a duel! Battle out with the other team to become the best team in the faculty that not would only tests your physical ability, but mental ability too! Guide yourself and your teammates through the games you are joining and WIN the game GRAB the AWESOME PRIZES too!! Make your team proud! Triumph yourself to the best out of the whole lot! 

0 ulasan:

Catat Ulasan