JAWATAN KOSONG

Kiosk PEMATRA membuka peluang kepada semua untuk terlibat dalam dunia keusahawanan dan perniagaan!
Anda berpeluang untuk berniaga, belajar cara untuk membuat the famous iceblended dan macam2 lagi.
Jom ke Walk-in Interview kami! Anda pasti teruja!
Anyone can show up! Come!! :) Datanglah bila-bila masa pun...

-Muhammad Taufiq Othman, Timb Exco Ekonomi
#pematrashare

0 ulasan:

Catat Ulasan

BUKU ADUAN

Anda ada ADUAN?

Air-cond rosak? Soket rosak? Kerusi DK tak selesa? DK tak bersih? Foyer kotor? Masalah buku prasiswazah? Jaket kejut tak dapat?

Jika anda mempunyai sebarang aduan mengenai infrastruktur fakulti atau apa jua masalah mengenai fakulti. Anda bolehlah hadir ke PEJABAT PEMATRA!
Masalah anda, masalah kami juga :)
"We stand strong together"
-Ahmed Amri Zulkafli, Exco Ekpresi Mahasiswa-

#pematracare

0 ulasan:

Catat Ulasan

KEKOSONGAN EBETeC

Karnival Kejuruteraan dan Alam Bina atau EBETeC ( Engineering & Built Environment Technology Competition) yang pada dahulunya dikenali sebagai ENGTECH merupakan Projek Mega anjuran PEMATRA. Projek yang julung kalinya diadakan 2 tahun sekali mengetengahkan dan menguji kemahiran pelajar kejuruteraan dan alam bina dalam bidang masing-masing.

Kini, kekosongan jawatan AJK dibuka untuk sesiapa yang berminat untuk menyertai! Jangan lepaskan peluang! HP dan LC disediakan.

Boleh hubungi : Oren Capixsalam (FB) di talian 019-4577765. JOM!!



0 ulasan:

Catat Ulasan

PEMBENTANGAN LI ( PELAJAR TAHUN 4 )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian Mahasiswa dan Mahasiswi Tahun 4 Fakulti Kejuruteraan Alam dan Bina, untuk makluman "PEMBENTANGAN LI" bagi pelajar JKAS, JKEES dan JSB adalah pada 23 Oktober 2013. Bagi pelajar JKKP dan JKMB akan dibuat pada 30 Oktober 2013.

Sehubungan dengan itu, mohon saudara dan saudari membuat persediaan (sila rujuk buku log) untuk pembentangan tersebut. 
Senarai nama masa dan tempat akan di maklumkan kemudian.

**Sila kosongkan aktiviti anda pada tarikh tersebut.

~Pejabat Hejim FKAB~

#PematraShare #PematraCare

0 ulasan:

Catat Ulasan

Aduan Pelajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yang kita sedia maklum Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah menjadi tuan rumah bagi Program Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM (MKKP UKM-FKAB) dari 30 September hingga 4 oktober 2013. 
Pelbagai aktiviti telah dan akan berlangsung sepanjang minggu ini. Antaranya, Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan daripadaA gensi Luar - Bomba, JKKP Selangor, JKJR, Polis Daerah Kajang, JPJ, PPUKM, PusatDarah Negara, Kempen Derma Darah oleh PusatDarah Negara, Aktiviti Sukan Mini Iron Man, Kempen Advokasi Jalan dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik.

Program ini sangat berguna untuk semua warga UKM secara umumnya dan sangat membantu untuk member kesedaran kepada semua orang.Sehubungan dengan itu, kami daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (PEMATRA) telah mendapat aduan berkenaan dengan saman yang dikeluarkan kepada pelajar oleh JPJ.Seperti yang kita tahu,saman daripada JPJ sangat tinggi dan membebankan pelajar. 
 

Sebagai wakil daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (PEMATRA) bercadang agar pihak pengurus kempen dapat berbincang dengan JPJ atas saman yang dikeluarkan kepada pelajar. Seterusnya, kami telah menggambil tindakan dengan membuat surat rasmi kepada Timbalan Dekan FKAB (Siwazah & Pembangunan) selaku penyelaras program MKKP UKM, Prof. Dr. Muhamamd Fauzi Mohd. Zain berkaitan isu ini.
Setakat ini, pihak kami masih lagi menunggu maklum balas daripada pihak terbabit. Diharapkan para pelajar dapat bersabar seketika dan mendoakan agar penyelesaian yang terbaik mampu diberikan demi membantu meringankan beban pelajar.
 

Ahmad Amri Bin Zulkafli
Exco Ekspresi Mahasiswa
PEMATRA


"We stand strong together"


#pematracare

0 ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI APLIKASI UKM : PELAJAR

1. Sistem Maklumat Pelajar SMPWEB

Menyemak maklumat peribadi, pendaftaran kursus dan keputusan peperiksaan serta membuat pendaftaran kursus awal dan semasa.

2. Sistem Akaun Kewangan Pelanggan SISKEW

Menyemak maklumat kewangan seperti biasiswa dan hutang.

3. Sistem LearningCare iFOLIO

Memuat turun latihan tutorial, nota kuliah dan berinteraksi dengan pensyarah melalui e-Pembelajaran.

4. Sistem Penilaian Pengajaran Kursus SPPP

Membuat penilaian pengajaran bagi kursus yang diambil pada setiap semester.

5. Portal e-Pelajar ePELAJAR

Mendapatkan informasi terkini melalui buletin pelajar.

6. Sistem Pertanyaan Sistem Maklum Balas dan Pertanyaan

Menyampaikan sebarang pertanyaan kepada pihak UKM.

7. Sistem Trafik Sistem Trafik UKM

Pendaftaran kenderaan, memohon pelekat kenderaan dan menyemak saman trafik UKM.

8. Sistem Aduan Dalaman Pelajar Sistem Aduan Dalaman Pelajar

Membuat pengaduan mengenai penyelewengan kewangan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengurusan Hal-ehwal Pelajar, hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada pelajar.

9. Sistem Semakan Sidang Konvokesyen Sistem Maklumat Majlis Konvokesyen

Semakan tarikh dan sidang konvokesyen. Mengesahkan gambar untuk paparan pada hari konvokesyen.

10. Sistem Maklumat Pelajar Eksekutif Sistem Kemasukan UKM

Menyemak maklumat peribadi, pendaftaran kursus dan keputusan peperiksaan serta membuat tempahan kursus dan pendaftaran kursus semasa.

11. Sistem Latihan Industri Sistem Latihan Amali/Industri

Membuat permohonan untuk mengikuti latihan industri di agensi yang dipilih. Menyemak status permohonan yang telah dibuat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

BOOTH ONE STOP CENTER

Salam Satu FKAB. 

Seperti semua sedia maklum pihak PEMATRA akan membuka semula ONE STOP CENTER bermula 1/10/2013. Booth ONE STOP CENTER kami di pindahkan sementara waktu di Kiosk PEMATRA sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang akan berlansung selama 5 hari bermula 30/9/2013.

Anda semua dijemput hadir datang ke booth kami. Jenguk-jenguk lah ya !

Terdapat pelbagai informasi dan jualan khasnya untuk pelajar-pelajar FKAB di booth ONE STOP CENTER kami antaranya ialah :

1) Penjualan penghabisan stok buku
2) Penerangan HP
3) Penganjuran Program menawarkan HP
4) Penerangan PO12
5) Penjualan T-shirt engineering
6) Kaunter Aduan



"WE STAND STRONG TOGETHER"
  #PematraShare

1 ulasan:

Catat Ulasan