Aduan Pelajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yang kita sedia maklum Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah menjadi tuan rumah bagi Program Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM (MKKP UKM-FKAB) dari 30 September hingga 4 oktober 2013. 
Pelbagai aktiviti telah dan akan berlangsung sepanjang minggu ini. Antaranya, Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan daripadaA gensi Luar - Bomba, JKKP Selangor, JKJR, Polis Daerah Kajang, JPJ, PPUKM, PusatDarah Negara, Kempen Derma Darah oleh PusatDarah Negara, Aktiviti Sukan Mini Iron Man, Kempen Advokasi Jalan dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik.

Program ini sangat berguna untuk semua warga UKM secara umumnya dan sangat membantu untuk member kesedaran kepada semua orang.Sehubungan dengan itu, kami daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (PEMATRA) telah mendapat aduan berkenaan dengan saman yang dikeluarkan kepada pelajar oleh JPJ.Seperti yang kita tahu,saman daripada JPJ sangat tinggi dan membebankan pelajar. 
 

Sebagai wakil daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (PEMATRA) bercadang agar pihak pengurus kempen dapat berbincang dengan JPJ atas saman yang dikeluarkan kepada pelajar. Seterusnya, kami telah menggambil tindakan dengan membuat surat rasmi kepada Timbalan Dekan FKAB (Siwazah & Pembangunan) selaku penyelaras program MKKP UKM, Prof. Dr. Muhamamd Fauzi Mohd. Zain berkaitan isu ini.
Setakat ini, pihak kami masih lagi menunggu maklum balas daripada pihak terbabit. Diharapkan para pelajar dapat bersabar seketika dan mendoakan agar penyelesaian yang terbaik mampu diberikan demi membantu meringankan beban pelajar.
 

Ahmad Amri Bin Zulkafli
Exco Ekspresi Mahasiswa
PEMATRA


"We stand strong together"


#pematracare

0 ulasan:

Catat Ulasan