SESI DIALOG PELAJAR JKEES BERSAMA PENSYARAH


Salam Pematra,

Baru-baru ini pada 24/09/2013 satu sesi dialog ringkas antara wakil-wakil pelajar JKEES bersama Pensyarah telah diadakan. Setiap praktikum menghantar 3 wakil dari tahun 1 hingga ke tahun 4 bagi mewakili praktikum masing-masing. Sesi dialog ini telah diadakan di bilik Mesyuarat JKEES banggunan baru FKAB.

Tujuan utama sesi dialog ini di adakan bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan yang berlaku dalam kalangan pelajar JKEES supaya Pensyarah dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. Melalui medium dailog ini juga para pelajar diberi peluang untuk menyumbang idea-idea mereka bagi memantapkan akademik dan softskill  pelajar  seperti elemen complixity, communication dan safety.

Banyak nasihat dan input-input berguna Pensyarah kongsikan bersama untuk para pelajar.
Antara yang sempat kami kongsikan ialah Dr.Hana menggalakkan para pelajar agar selalu berjumpa dengan Pensyarah atau mentor masing-masing untuk membolehkan pelajar mengadu sebarang masalah khususnya dalam hal-hal akademik dan mengatasinya dengan mendapatkan nasihat daripada mentor masing-masing.

Manakala Dr.Fadzilah pula menasihati para pelajar supaya perlu proaktif dalam pembelajaran kerana suasana di universiti tidak sama dengan sekolah, pelajar hendaklah mencari solusi itu sendiri dengan bimbingan Pensyarah dan pelajar jangan beranggapan Pensyarah yang akan menyelesaikan masalah tersebut supaya di alam pekerjaan kelak para pelajar berdikari menyelesaikan solusi sendiri.

Terima kasih pihak kami ucapkan kepada Pensyarah JKEES kerana sudi memberi ruang dan peluang untuk mendengar cadangan, kritikan dan luahan para pelajar. Semoga sesi dialog seperti ini diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

#InPematraWeTrust
#PematraShare

0 ulasan:

Catat Ulasan

HEBAHAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UKM

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FKAB (JKKP-FKAB) ingin memaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dipilih menjadi tuan rumah sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM (MKKP UKM-FKAB) bagi tahun 2013 yang akan berlangsung dari 30 September hingga 4 Oktober 2013. (Isnin-Jumaat) yang bertemakan "Kampus Selamat, Warga Sihat, Pemacu Kelestarian Sejagat"


Untuk makluman, terdapat banyak aktiviti telah dirangka sempena MKKP UKM 2013. 
Antaranya seperti berikut : 

1- Kempen Advokasi Jalan Raya yang melibatkan JPJ, JKJR, Polis Daerah Kajang dan sebagainya.
2- Majlis Perasmian MKKP UKM-FKAB 2013
3- Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan daripada Agensi Luar - Bomba, JKKP Selangor, JKJR, Polis Daerah Kajang, JPJ, PPUKM, Pusat Darah Negara
4- Kempen Derma Darah oleh Pusat Darah Negara
5- Pemeriksaan Kesihatan oleh PPUKM
6- Senamrobik Zumba
7- Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
8- Aktiviti Sukan Mini Iron Man (Borang Penyertaan dilampirkan)
10- Khutbah Jumaat sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM 2013
Berikut adalah tentetif program MKKP :http://goo.gl/5s9NF0

Justeru itu, pihak Pematra mengalu-alukan kedatangan para pelajar-pelajar UKM untuk turut serta sepanjang aktiviti MKKP UKM pada 30 September hingga 4 Oktober 2013. Semoga pelajar-pelajar memperoleh manfaat daripada perkongsian ini.


::PematraShare::



0 ulasan:

Catat Ulasan

BERAKHIRNYA HARI INTERAKSI FKAB

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan berkah dan izinnya HARI INTERAKSI FKAB berjaya dilaksanakan. Pada 20 OKTOBER 2013 iaitu pada hari Jumaat yang lepas HARI INTERAKSI FKAB telah dilaksanakan oleh pihak FKAB bersama kerjasama PEMATRA bagi pelajar-pelajar tahun 1.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak FKAB kerana telah memberi kebenaran kepada kami untuk melaksanakan HARI INTERAKSI FKAB. Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar tahun 1 kerana sanggup hadir meluangkan masa dan memberi kerjasama dari awal hingga ke akhir program.

Tidak lupa kepada Fasilitator dan Sukarelawan yang mengerah keringat untuk mejayakan program ini. Sekalung tahniah pihak kami ucapkan.

Program ini diketuai oleh En. Jumari ( Master Trainer ) serta krew-krew nya dan pembahagian tugas di serahkan kepada Exco Ekspresi Mahasiswa iaitu saudara Mohd Fikri Bin Mohd Jumat dan Ahmed Amri Bin Zulkifli.

Program bermula pada pukul 7 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari dan seterusnya para pelajar di bahagikan kepada kumpulan kecil terdiri dari 5 orang berlainan Jabatan. Seramai 300 orang peserta dari pelajar-pelajar tahun 1 menyertai program ini.

Akhir kata,sekalung tahniah dan syabas kami ucapkan kepada pelajar-pelajar tahun 1 yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi menjayakan program ini. Kami selaku pihak penganjur memohon maaf andai berlaku sebarang kekhilafan dan kekurangan sepanjang penganjuran program ini.

Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi kalian menjadi kenangan


::We Stand Strong Together::
::PEMATRA::

0 ulasan:

Catat Ulasan

JUALAN BAJU FKAB

SALE!! SALE!! SALE!!
Di sini kami ada menjual baju "The Faculty of Engineering" secara limited edition.Kami ada menjalankan promosi yang sangat murah.
Sehelai baju berharga RM 25 mempunyai dua pilihan warna iaitu merah dan biru.
Jumpa kami di One Stop Centre pada 1/10/2013 hingga 4/10/2013 untuk membuat tempahan.



0 ulasan:

Catat Ulasan

HARI INTERAKSI FKAB



HARI INTERAKSI FAKULTI
Pada hari Jumaat 20 September 2013 akan di adakan Hari Interaksi untuk pelajar tahun 1 Fakulti Kejuruteraan Alam dan Bina. Hubungan antara junior dan senior merupakan satu budaya yang amat sinonim dengan pelajar-pelajar terutama pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hari interaksi yang diadakan pada permulaan semester memberi banyak manfaat kepada pelajar seperti memperkenal pensyarah kepada pelajar tahun 1, berkongsi pendapat antara satu sama lain dan memberikan semangat kepada para pelajar tahun 1 untuk menempuh pelbagai cabaran sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi. Selain itu,para pelajar tahun 1 dapat mengetahui lebih mendalam selok-belok kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga dengan penganjuran Hari Interaksi ini dapat memberi 1001 manfaat kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Alam dan Bina.




1 ulasan:

Catat Ulasan

KELAB-KELAB JABATAN

PERUTUSAN YDP PEMATRA : MUSTAPHA KAMIL HUSEN



 

  " Pada sesi PEMATRA kali ini, kami berusaha untuk mewujudkan "bridge" diantara 

Kelab-Kelab Jabatan yang 

wujud di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB). 

Sebagai  Persatuan Fakulti yang menaungi setiap mahasiswa/i di FKAB, 

adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kelab-kelab Jabatan ini wujud 

dan aktif. Kami menilai hanya dengan mengaktifkan kegiatan kelab-kelab jabatan,

 mampu meningkat kefahaman dan mengenali

 "Core Discipline" 

berkenaan masa depan anda sebagai seorang "Engineer". Sentimen- sentimen buruk, 

PERLU dielakkan. 

Perkara yang utama ialah bagaimana para senior mampu berinteraksi dan membantu 

junior-junior yang baru sahaja mendaftar di FKAB. "

 

0 ulasan:

Catat Ulasan

HARI INTERAKSI JKKP

       Khamis, 12 September 2013 adalah tarikh yang dipilih untuk mengadakan program Hari Interaksi Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses (JKKP) Tahun 1 Sesi 2013/2014. Matlamat program ini adalah untuk merapatkan hubungan dan bersuai kenal antara pelajar Tahun 1 dengan Ahli Keluarga JKKP. Disamping itu, program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan program-program yang dianjurkan oleh Kelab CHESC sendiri.


Turut hadir memeriahkan lagi program ini adalah Pensyarah JKKP, En. Noorhisham Tan Kofli merangkap Penasihat CHESC. Beliau berpesan kepada pelajar-pelajar tahun 1 agar sentiasa bersama-sama membantu Kelab CHESC kerana begitu banyak program yang akan dianjurkan sepanjaing tahun dan memerlukan batan aktif dari semua pelajar.



Program ini bermula pada 2.30 petang di bilik OBE yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Ahmad Shazwan. Diteruskan dengan Ice Breaking dan dipecahkan dalam beberapa kumpulan untuk mengenali lebih rapat antara satu sama lain. Untuk membina satu  kumpulan, pelajar tahun 1 diberikan cebisan kertas untuk ditemukan bersama dengan pasangan kertas tersebut. Suasana sangat meriah sekali.


Malah dimeriahkan lagi dengan pertandingan CHEERS dari Pelajar-pelajar tahun 1  yang begitu bersemangat.  Pelajar tahun 4 JKKP menjadi juri pada hari tersebut dalam memutuskan kumpulan manakah yang mampu menghasilkan sorakan paling bersemangat. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) seterusnya adalah Menara Belon. LDK ini bertujuan menguji pengetahuan pelajar tentang asas dalam JKKP. Juri kali ini  merupakan  pelajar dari tahun 2 dan kriteria yang dipertandingkan adalah ketahanan, ketinggian dan kestabilan yang terbaik. 

Pada penghujung Hari Interaksi JKKP, semua  digemparkan lagi apabila kumpulan Principal of Chemical Process membolot kedua-dua hadiah Johan pertandigan Cheers dan Menara Belon. 

Aktiviti sebegini rupa mampu mewujudkan keharmonian dalam kalangan Keluarga JKKP serta merupakan satu aktiviti yang bagus dalam meraikan ahli keluarga baru.


by : hiddenboz92@yahoo.com.my


0 ulasan:

Catat Ulasan

FRESHIE : JOM DAFTAR!!

Makluman kepada semua pelajar tahun 1 yang masih belum memberi makluman secara dalam talian (online) kepada kami, mohon mengisi "easy-as-123-step" borang di 



Click >> BORANG MAKLUMAT

Banyak faedah yang anda boleh dapat! Terima kasih.


BUKU TERPAKAI

PERHATIAN kepada semua senior yang ingin menjual atau meminjamkan buku mereka kepada pelajar-pelajar tahun sebelumnya, boleh lah menghantar buku-buku tersebut di 1StopCentre PEMATRA di Foyer Atas FKAB sepanjang minggu ini.

Buku yang tidak diguna boleh dipakai semula untuk kegunaan pelajar lain. JOM meriahkan lagi jualan buku terpakai.


#pematracare

by : aquzanis@gmail.com

HARI INTERAKSI JKMB

Bagi mencapai kesatuan dalam jabatan. Usaha murni para senior dalam melaksanakan Hari Interaksi JKMB hari ini di Dewan Kuliah 2, jam 2 petang. Jom hadir semua pelajar junior!!!

#pematrashare

1StopCetre

Bermula 9 September sehingga 13 September 2013,di foyer atas FKAB telah berlangsung satu booth yang sangat gempak dan bermanafaat untuk semua.

1StopCentre ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti jadual bas, tarikh-tarikh penting sepanjang
Semester 1, jadual kelas, borang-borang penting serta kemudahan untuk akses ke internet.
Dengan kemudahan yang disediakan, ia berharap dapat menolong para junior mahupun senior pada minggu pertama kelas bermula.


Jumpa kami di sana.





#pematracare

by : aquzanis@gmail.com

MINGGU MESRA PELAJAR

    Selasa, 3 September 2013 merupakan hari ketiga dalam Minggu Mesra Pelajar. Hari ini, pelajar baru sesi 2013/2014 didedahkan dengan suasana di fakulti. Bagaimana keadaan fakulti dan juga sebagai pra-pengenalan kepada jurusan yang akan dipelajari pada minggu hadapan.

      Kaedah pendedahan pada tahun ini agak berbeza. Dengan pendekatan "Kupon Makan Percuma" yang diilhamkan oleh pihak pentadbir Fkab sendiri meransang pelajar untuk berebut bertanya bagi memenangi kupon tersebut. Baucer yang bernilai RM20 sekeping hanya berfungsi apabila pelajar yang dimenangi membawa  seorang kawannya dan seorang pensyarah. Mana-mana pensyarah. Sesi taklimat menjadi lebih menarik lagi dan pelajar mula fokus akan apa yang disampaikan berikutan ingin menjawab soalan.Sesi pertama ini dikelola oleh Dekan FKAB sendiri, Prof Ir Dr Mohd Marzuki Mustafa bersama dengan pelajar baru. 


Sesi pendedahan kerjaya dilakukan pada sesi kedua mengikut jabatan masing-masing. Setiap jabatan didedahkan akan skop kerjaya dan skop pembelajaran yang akan mereka tempuhi. Cara penyampaian yang  disampaikan juga amat menarik dan dekat dengan pelajar. Membuka minda pelajar agar lebih mengenali jabatan mereka sendiri. Pada sesi petang,  Program MentorMentee (setiap 2 orang pelajar diberikan seorang pensyarah sebagai mentor) dijalankan bersama dengan 'Tour around' yang dibawa oleh beberapa pensyarah sendiri membawa pelajar mengelilingi fakulti. 


#pematrashare

by : aquzanis@gmail.com