HARI INTERAKSI JKKP

       Khamis, 12 September 2013 adalah tarikh yang dipilih untuk mengadakan program Hari Interaksi Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses (JKKP) Tahun 1 Sesi 2013/2014. Matlamat program ini adalah untuk merapatkan hubungan dan bersuai kenal antara pelajar Tahun 1 dengan Ahli Keluarga JKKP. Disamping itu, program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan program-program yang dianjurkan oleh Kelab CHESC sendiri.


Turut hadir memeriahkan lagi program ini adalah Pensyarah JKKP, En. Noorhisham Tan Kofli merangkap Penasihat CHESC. Beliau berpesan kepada pelajar-pelajar tahun 1 agar sentiasa bersama-sama membantu Kelab CHESC kerana begitu banyak program yang akan dianjurkan sepanjaing tahun dan memerlukan batan aktif dari semua pelajar.



Program ini bermula pada 2.30 petang di bilik OBE yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Ahmad Shazwan. Diteruskan dengan Ice Breaking dan dipecahkan dalam beberapa kumpulan untuk mengenali lebih rapat antara satu sama lain. Untuk membina satu  kumpulan, pelajar tahun 1 diberikan cebisan kertas untuk ditemukan bersama dengan pasangan kertas tersebut. Suasana sangat meriah sekali.


Malah dimeriahkan lagi dengan pertandingan CHEERS dari Pelajar-pelajar tahun 1  yang begitu bersemangat.  Pelajar tahun 4 JKKP menjadi juri pada hari tersebut dalam memutuskan kumpulan manakah yang mampu menghasilkan sorakan paling bersemangat. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) seterusnya adalah Menara Belon. LDK ini bertujuan menguji pengetahuan pelajar tentang asas dalam JKKP. Juri kali ini  merupakan  pelajar dari tahun 2 dan kriteria yang dipertandingkan adalah ketahanan, ketinggian dan kestabilan yang terbaik. 

Pada penghujung Hari Interaksi JKKP, semua  digemparkan lagi apabila kumpulan Principal of Chemical Process membolot kedua-dua hadiah Johan pertandigan Cheers dan Menara Belon. 

Aktiviti sebegini rupa mampu mewujudkan keharmonian dalam kalangan Keluarga JKKP serta merupakan satu aktiviti yang bagus dalam meraikan ahli keluarga baru.


by : hiddenboz92@yahoo.com.my


0 ulasan:

Catat Ulasan