Pada 13 Mac 2016, wakil Exco Masyarakat dan Sosial PEMATRA, saudara Navin selaku Ketua Program telah berjaya menjalankan aktiviti bersama masyarakat yang dinamakan Jalinan Mahasiswa dan Masyarakat. Program ini dijalankan bertujuan untuk melihat dan merasai sendiri bagaimana kehidupan masyarakat gelandangan di Jalan Hang Lekiu disamping memberi mereka sedikit makanan yang disusahakan oleh AJK dan peserta program ini. Seramai lebih kurang 35 orang peserta telah turut serta dalam program ini. Para peserta telah bertolak dari UKM sekitar jam 6.30 petang dan sampai ke destinasi selepas maghrib. sekitar jam 10.30 malam, para peserta bertolak pulang dari tempat program. Program ini telah mendapat kerjasama daripada NGO luar iaitu Love Joy Association of Malaysia. Tahniah buat semua yang terlibat menjayakan program ini!!


 
para peserta selamat sampai ke destinasi




 
sekitar susana di jalan Hang Lekiu


 

 

 


Para peserta turut mengutip sampah disekitar kawasan program

saguhati telah diberi kepada wakil NGO selepas program berakhir

Pada 3 Mac 2016, Kelab Kejuruteraan Kimia dan Biokimia (ChESC) dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses (JKKP) telah menganjurkan Pertandingan Chem-E Car Peringkat Ukm Kali ke-11 dengan bertemakan “ ASPIRATION OF GREEN ENERGY ”. Chem-E Car merupakan suatu pertandingan mereka cipta bagi menguji kemampuan dan daya kreativiti. Kejohanan ini memberi peluang kepada mereka secara berkumpulan untuk menyertai suatu cabaran dalam mereka cipta dan membentuk sebuah kereta mini yang digerakkan oleh sumber kuasa alternatif.

Pertandingan ini merupakan kali ke-sebelas di peringkat UKM dan merupakan langkah awal sebelum menyertainya ke peringkat Malaysia dan antarabangsa. Untuk peringkat UKM, sebanyak 12 pasukan telah mendaftar untuk bertanding.

Antara kategori yang telah dipertandingkan ialah ‘Model Kereta Terbaik’, ‘Penyampai Poster Terbaik’ dan ‘Prestasi Kereta Terbaik’. Sebanyak 4 pasukan telah terpilih untuk mewakili

UKM ke peringkat Malaysia. Pertandingan peringkat Malaysia akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 8-9 April 2016.


Keputusan akhir pertandingan:

Kategori Model Kereta Terbaik:

POTATO

Kategori Penyampai Poster Terbaik: Syarifah Nur Afiqah (HUNTERS) 

Kategori Prestasi Kereta Terbaik: 

Tempat pertama: ROCKHALAL 
Tempat kedua : TERUNA PERKASA 
Tempat ketiga : PHENOPHYTIN 
Tempat keempat: grand—ź



 
 Majlis Perasmian



Peserta melakukan ‘test run’.



 
Sesi pembentangan poster



 
 Persediaan sebelum pertandingan bermula



 


 



 

          Pada 13-18 Februari 2016, sekumpulan pelajar dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah menghabiskan masa cuti mereka dengan menghadiri program 'KITA.Recycle', NBOS-PILS (National Blue Ocean Strategy - Program Inisiatif Libat Sama) yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Pendek dan Sekolah Kebangsaan Kampung Sireh, Kelantan.

         Program NBOS –PILS adalah kerjasama KPT dan KPM bersama sama untuk mengurangkan kos,dan menyediakan pengalaman praktikal untuk pelajar- pelajar membaiki keadaan fizikal sekolah yang tidak melibatkan struktur fizikal.

          Kumpulan ini telah dipecahkan kepada dua kumpula iaitu kumpulan yang akan melakukan kerja di SK Pendek dan satu lagi kumpulan di SK Kg. Sireh. Setiap kumpulan akan dipecahkan kepada sub-kumpulan iaitu team mengecat, team repair dan team recycle.

           NBOS-PILS diterajui oleh pasukan Pengurusan yang dianggotai oleh En. Shanusi Ahmad, Pegawai KPM dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan selaku Ketua Sekretariat NBOS-PILS.

          Ar.NurAkmal A. Goh selaku Ketua Perunding NBOS-PILS adalah seorang Arkitek Professional dan Pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

          Program ini telah berjaya mengurangkan kos sebanyak RM4787 bagi Sekolah Kebangsaan Pendek dan RM 2172 bagi Sekolah Kebangsaan Kampung Sireh.



 Pelajar dari FKAB disambut dengan meriah pada hari pertama


 
 Sesi penerangan bagi peserta


Sekitar senario dari SK Kg. Sireh



Team mengecat SK Kg. Sireh



Team Recycle sedang menjalankan kerja



Team repair SK Kg. Sireh



Pensyarah dari UKM, Dr. Ain Hamzah turut mengambil peluang untuk membantu






Senario di SK Pendek


Team mengecat sedang gigih menyiapkan mural



Team Recyle in progress



Team Repair



Warga sekolah juga turut bersama menjayakan program ini



Program ini turut disertai oleh pelajar luar negara


Sekitar majlis penutupan program

 Ar.NurAkmal A. Goh dan En. Shanusi Ahmad di hari penutupan program



Cenderamata dari hasil tangan peserta 



Video penuh aktiviti 'KITA.Recycle'


             Pada 21 April 2015 yang lalu, Exco Akademik PEMATRA telah menganjurkan lawatan teknikal ke KLIA. Lawatan ini telah disertai oleh 36 mahasiswa/i. Objektif utama lawatan adalah untuk memberikan sedikit sebanyak pendedahan mengenai bidang kejuruteraan dalam industri penerbangan. Selain itu, mahasiswa/i juga didedahkan kepada peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak Malaysia Airports.

            Lawatan teknikal ini dimulakan dengan Career Talk yang diberikan oleh Puan Umi dari pihak Jabatan Sumber Manusia Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB). Seterusnya,mahasiswa/i dibawa melawat ke sekitar KLIA. Sesi soal jawab dibenarkan sepanjang program dijalankan.
   
           Pihak KLIA berbesar hati menerima kunjungan lawatan daripada pihak FKAB dan berharap akan ada program seterusnya yang melibatkan kerjasama antara dua pihak.


Diharapkan agar program ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta yang terlibat.



Exco Akademik PEMATRA 2014/2015.



Berkumpul di Kaunter Pas Keselamatan sebaik sahaja tiba KLIA.


Sesi taklimat lawatan oleh Puan Zuliana, wakil dari
 Jabatan Perhubungan Awam, MAHB.


Career Talk di Bilik Persidangan,A380.


              Para peserta yang terlibat.


Penyerahan cenderamata kepada KLIA.




       


    Pada 1 hingga 3 April 2015 yang lalu, Exco Ekspressi Mahasiswa PEMATRA telah menganjurkan Kempen Derma Darah yang mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Pusat Darah Negara. Objektif utama program ini adalah untuk memudahkan pelajar dan staf Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bahkan seluruh warga UKM untuk menderma darah. Selain itu, kempen ini juga menggalakkan para pelajar mahupun staf yang belum pernah menderma untuk mencuba dan mencabar keberanian diri untuk menderma buat pertama kalinya. 

        Pihak Pusat Darah Negara telah menghantar 10 orang staf untuk memastikan semua berjalan lancar ketika program berjalan. 10 orang staf ini ditugaskan untuk menguruskan pendaftaran, sistem maklumat penderma dan 6 katil menderma. 

       Pada awalnya, sasaran pelajar atau staf yang mendaftar ialah 50 orang dalam masa sehari. Namun apabila hari pertama berakhir, jumlah pelajar yang menderma ialah 63 orang. Pihak Pusat Darah Negara sendiri ingin meningkatkan sasaran penderma pada hari kedua dengan 100 penderma. Sukacita dimaklumkan daripada Pusat Darah Negara bahawa sepanjang tiga hari kempen berlangsung, purata penderma ialah 63 orang sehari. 

        Pihak Pusat Darah Negara bebesar hati dan megucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina kerana menyokong kempen ini dan berharap agar sambutan yang hangat akan diberikan daripada pelajar dan staf apabila program ini diadakan lagi di lain hari.

Semoga melalui program derma darah ini, ia akan dapat memberi manfaat kepada orang lain kelak. 

“Setitis darah anda, Sejalur Sinar Kehidupan”

Exco Ekspresi Mahasiswa
PEMATRA 2014/2014




Suasana semasa Derma Darah


Para pelajar beratur menunggu giliran untuk menderma


Staf FKAB sedang menderma


Ahli PEMATRA yang turun menderma


 Terima kasih atas sokongan



Poster Derma Darah


 


   
     Pada 28 dan 29 Mac yang lalu, Exco Media dan Penerangan PEMATRA telah menganjurkan Bengkel Autocad dan Inventor di Makmal Cad/Cam FKAB. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan penguasaan seni reka bentuk lukisan kejuruteraan menggunakan Autocad dan Inventor yang sangat berguna pada masa hadapan di samping melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam reka bentuk grafik dengan menggunakan Autocad dan Inventor. Selain itu, bengkel ini juga mendedahkan kepada para pelajar mengenai fungsi seni reka bentuk grafik serta mencetus pemikiran kreatif dan inovatif para pelajar dengan memberi peluang dalam memberi idea bagi seni reka bentuk lukisan kejuruteraan.

     Bengkel ini terdapat dua slot iaitu pada 28 Mac adalah untuk slot Autocad manakala pada 29 mac adalah untuk slot Inventor. Bengkel ini mendapat sambutan lebih kurang 50 orang pelajar daripada semua jabatan kerana dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran dalam seni grafik reka bentuk yang merupakan aset terpenting dalam bidang kejuruteraan. Tambahan pula, bengkel ini mendapat sambutan dari pelajar universiti lain, UITM khususnya. Terdapat juga pelajar PHD yang mengikuti bengkel ini.

     Bengkel ini telah disampaikan oleh 2 orang tenaga pengajar daripada kakitangan UKM yang sangat berkebolehan dalam seni grafik reka bentuk ini iaitu Pn. Jamaliah Bt Abu Bakar dan En. Muhammad Firdaus Bin Eliyasak. Program seperti ini seharusnya kerap diadakan kerana memberi peluang kepada para pelajar untuk menambah pengetahuan dalam bidang seni grafik.




Penceramah bersama Presiden PEMATRA dan ahli Exco Media dan Penerangan 




Poster Program





Pemberian cenderamata sebagai tanda penghargaan
kepada tenaga pengajar





Pemberian cenderamata sebagai tanda penghargaan
kepada tenaga pengajar





Para peserta semasa slot Autocad





Semasa bengkel sedang dijalankan





Semasa slot Inventor berlangsung





Tenaga pengajar memberi tunjuk ajar kepada para peserta





Presiden PEMATRA turut mengikuti bengkel Inventor