KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (PEMATRA)



    Pada 1 hingga 3 April 2015 yang lalu, Exco Ekspressi Mahasiswa PEMATRA telah menganjurkan Kempen Derma Darah yang mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Pusat Darah Negara. Objektif utama program ini adalah untuk memudahkan pelajar dan staf Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bahkan seluruh warga UKM untuk menderma darah. Selain itu, kempen ini juga menggalakkan para pelajar mahupun staf yang belum pernah menderma untuk mencuba dan mencabar keberanian diri untuk menderma buat pertama kalinya. 

        Pihak Pusat Darah Negara telah menghantar 10 orang staf untuk memastikan semua berjalan lancar ketika program berjalan. 10 orang staf ini ditugaskan untuk menguruskan pendaftaran, sistem maklumat penderma dan 6 katil menderma. 

       Pada awalnya, sasaran pelajar atau staf yang mendaftar ialah 50 orang dalam masa sehari. Namun apabila hari pertama berakhir, jumlah pelajar yang menderma ialah 63 orang. Pihak Pusat Darah Negara sendiri ingin meningkatkan sasaran penderma pada hari kedua dengan 100 penderma. Sukacita dimaklumkan daripada Pusat Darah Negara bahawa sepanjang tiga hari kempen berlangsung, purata penderma ialah 63 orang sehari. 

        Pihak Pusat Darah Negara bebesar hati dan megucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina kerana menyokong kempen ini dan berharap agar sambutan yang hangat akan diberikan daripada pelajar dan staf apabila program ini diadakan lagi di lain hari.

Semoga melalui program derma darah ini, ia akan dapat memberi manfaat kepada orang lain kelak. 

“Setitis darah anda, Sejalur Sinar Kehidupan”

Exco Ekspresi Mahasiswa
PEMATRA 2014/2014




Suasana semasa Derma Darah


Para pelajar beratur menunggu giliran untuk menderma


Staf FKAB sedang menderma


Ahli PEMATRA yang turun menderma


 Terima kasih atas sokongan



Poster Derma Darah


 


0 ulasan:

Catat Ulasan