BENGKEL AUTOCAD DAN INVENTOR

   
     Pada 28 dan 29 Mac yang lalu, Exco Media dan Penerangan PEMATRA telah menganjurkan Bengkel Autocad dan Inventor di Makmal Cad/Cam FKAB. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan penguasaan seni reka bentuk lukisan kejuruteraan menggunakan Autocad dan Inventor yang sangat berguna pada masa hadapan di samping melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam reka bentuk grafik dengan menggunakan Autocad dan Inventor. Selain itu, bengkel ini juga mendedahkan kepada para pelajar mengenai fungsi seni reka bentuk grafik serta mencetus pemikiran kreatif dan inovatif para pelajar dengan memberi peluang dalam memberi idea bagi seni reka bentuk lukisan kejuruteraan.

     Bengkel ini terdapat dua slot iaitu pada 28 Mac adalah untuk slot Autocad manakala pada 29 mac adalah untuk slot Inventor. Bengkel ini mendapat sambutan lebih kurang 50 orang pelajar daripada semua jabatan kerana dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran dalam seni grafik reka bentuk yang merupakan aset terpenting dalam bidang kejuruteraan. Tambahan pula, bengkel ini mendapat sambutan dari pelajar universiti lain, UITM khususnya. Terdapat juga pelajar PHD yang mengikuti bengkel ini.

     Bengkel ini telah disampaikan oleh 2 orang tenaga pengajar daripada kakitangan UKM yang sangat berkebolehan dalam seni grafik reka bentuk ini iaitu Pn. Jamaliah Bt Abu Bakar dan En. Muhammad Firdaus Bin Eliyasak. Program seperti ini seharusnya kerap diadakan kerana memberi peluang kepada para pelajar untuk menambah pengetahuan dalam bidang seni grafik.




Penceramah bersama Presiden PEMATRA dan ahli Exco Media dan Penerangan 




Poster Program





Pemberian cenderamata sebagai tanda penghargaan
kepada tenaga pengajar





Pemberian cenderamata sebagai tanda penghargaan
kepada tenaga pengajar





Para peserta semasa slot Autocad





Semasa bengkel sedang dijalankan





Semasa slot Inventor berlangsung





Tenaga pengajar memberi tunjuk ajar kepada para peserta





Presiden PEMATRA turut mengikuti bengkel Inventor

0 ulasan:

Catat Ulasan