10TH MALAYSIA CHEME CAR COMPETITION 2015

         Pada 17 Mac yang lalu, Jabatan Kejuruteraan Kimia Proses telah mengadakan pertandingan Cheme Car kali yang ke-10 di Foyer FKAB. Chem-E Car merupakan suatu pertandingan mereka cipta bagi menguji kemampuan dan daya kreativiti pelajar kejuruteraan kimia. Kejohanan ini memberi peluang kepada mereka secara berkumpulan untuk menyertai suatu cabaran dalam mereka cipta dan membentuk sebuah kereta mini yang digerakkan oleh sumber kuasa alternatif. Pertandingan ini merupakan kali kesembilan di peringkat UKM dan merupakan langkah awal sebelum menyertainya ke peringkat Malaysia dan antarabangsa. Pertandingan seterusnya pada peringkat kebangsaan akan diadakan di DECTAR UKM pada 10 dan 11 April 2015. 

       Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjadi platform bagi pelajar mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari sebagai pelajar kejuruteraan kimia dan proses serta memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang dunia kejuruteraan. Selain itu, program ini turut bermatlamat untuk mendedahkan pertandingan Chem-E Car kepada pelajar Matrikulasi Negeri Sembilan serta menarik minat para pelajar tersebut untuk menceburi bidang kejuruteraan kimia di Universiti Kebangsaan Malaysia.

      Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang kreatif serta dapat mengaplikasikan pembelajaran kejuruteraan kimia dalam kehidupan harian. Selain itu, program juga dapat memberi pengalaman kepada para pelajar dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kejuruteraan di samping dapat mengekalkan keseimbangan alam sekitar. Selain itu, pertandingan ChemE Car juga bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar agar menjadi lebih kreatif. Justeru, pertandingan poster juga dilakukan untuk melihat bagaimana para pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari ke dalam poster agar masyarakat dapat memahami dengan lebih mudah tentang pengetahuan ilmu kejuruteraan kimia.

Suasana sepanjang pertandingan berlangsung




Semasa pertandingan dijalankan



Cheme Car yang dihasilkan oleh para peserta




Taklimat mengenai pertandingan






         

0 ulasan:

Catat Ulasan