PERODUA ECO-CHALLENGE (PEC) 2013


Pada 11-14 Disember yang lepas, Syarikat Perodua telah menganjurkan pertandingan Perodua Eco-Challenge (PEC) 2013. Pertandingan yang telah berlangsung selama 4 hari ini bermula pada hari khamis sehingga sabtu ini melihatkan penyertaan yang amat membanggakan dari universiti- universiti seluruh Malaysia.

Sebanyak 8 buah universiti serta 1 penyertaan daripada politeknik dalam pertandingan tersebut. Antaranya ialah UTM, UITM, UNIMAP,UMP,UTP,UKM, UNITEN, UTEM, Politeknik Ungku Omar (PUO). UKM turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dengan keretanya Perodua Aster i-bond. Pasukan ini dianggotai oleh 20 orang pelajar FKAB dan 5 orang pelajar FEP berserta pensyarah-pensyarah kedua-dua fakulti tersebut.Pelbagai acara dan kategori yang dipertandingkan. Antaranya ialah time-attack, fuel consumption, rekabentuk, engineering challenge, marketing challenge, serta iklan terbaik. Alhamdulillah, pasukan UKM telah memenangi satu kategori iaitu fuel consumption. Kategori ini ialah pertandingan menentukan kereta yang dapat meminimumkan penggunaan minyak. Kadar kuantiti minyak yang sama iaitu 2.5 liter diisi dalam setiap kereta, kemudian jarak terjauh yang dapat mereka lakukan akan menentukan keputusan. Pasukan UKM mendapat tempat keempat dan memenangi RM 2000.

Saya yang turut terlibat sebagai peserta merangkap ahli dalam “technical team” pasukan ini merasakan pertandingan-pertandingan seperti ini amat memberikan impak yang besar dalam pembinaan “soft-skill” kepada pelajar-pelajar yang menyertainya. Pelbagai ilmu kejuruteraan telah saya pelajari daripada pertandingan ini. Selain itu, saya memetik kata-kata Pengarah Perodua dalam ucapannya, “ PEC ini bukan sahaja melatih mahasiswa untuk mendalami ilmu kejuruteraan bahkan melatih skill komunikasi mereka dalam melaksanakan kerja atau tugasan yang diberikan”. Saya amat bersetuju dengan kata-kata beliau ini kerana banyak hubungan komunikasi dilakukan sepanjang menyertai pertandingan ini, bukan sahaja komunikasi antara ahli pasukan dan fakulti sahaja, bahakan komunikasi dengan pihak luar. Lantas, ia melatih soft-skill kita.

Akhir kalam, pertandingan-pertandingan berprestij tinggi sebegini perlu kita sebagai mahasiswa/I turut serta dalam usaha kita untuk membina identity tersendiri serta jadikan ia sebagai persediaan kita sebelum melangkah keluar dari alam kampus kelak. Semoga pasukan UKM akan lebih cemerlang untuk PEC yang akan datang.

Muhammad Sallehudin bin Khalid
Technical team PEC UKM

0 ulasan:

Catat Ulasan