PERJUMPAAN BERSAMA DEKAN FKAB


20 November 2013- Satu perjumpaan diantara wakil Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina(PEMATRA) dan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) FKAB bersama Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Prof. Ir. Dr Marzuki Mustafa telah diadakan. Perjumpaan tersebut juga dihadiri oleh wakil-wakil ketua dari setiap jabatan dan pihak pengurusan fakulti.

PEMATRA dan MPP FKAB  telah membentang beberapa aduan berkenaan dengan infrastruktur dan kemudahan yang berada di fakulti. Aduan ini merupakan aduan yang diterima oleh pihak PEMATRA melalui Buku Aduan yang dilancarkan pada awal bulan Oktober yang lepas.

Diantara aduan yang diberikan ialah:

1) Lampu jalan dihadapan Fakulti.
MPP Ahmed Amri telah melaporkan keadaan ini kepada pihak JPP. Pihak Fakulti juga menyarankan agar permasalahan ini serta merta dilaporkan menggunakan sistem e-fact. Peringkat fakulti juga akan mengambil berat berkenaan aduan ini.

2) Kemudahan Water Dispenser
Pihak pengurusan fakulti memaklumkan bahawa pada sesi lepas dua buah mesin Water Dispenser telah dibekalkan untuk kemudahan warga fakulti. PEMATRA dan MPP FKAB menegaskan bahawa kemudahan tersebut tidak berfungsi dengan baik dan membahayakan kesihatan pengguna. Pihak pengurusan bersetuju untuk melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

3) Banjir berikutan hujan yang lebat
Pihak fakulti sedia maklum berkenaan aduan ini, berikutan kebocoran yang berlaku di beberapa pejabat pentadbiran bangunan lama. Pihak fakulti telah mengenal pasti punca sebenar berlaku kebocoran adalah kerana kualiti siling yang rendah justeru penaiktarafan secara berperingkat-peringkat akan dilaksanakan. Masalah banjir ini juga berlaku di bahagian luar makmal OBE.

4) Kebanyakan soket di foyer tidak berfungsi
En. Zaidi, Penolong Pendaftar FKAB meminta bantuan PEMATRA dan MPP bagi mengenal pasti secara spesifik soket-soket yang tidak berfungsi. Wakil pengawai teknikal fakulti memaklumkan pemasangan soket-soket di foyer sepatutnya berada dalam keadaan yang baik. pihak kami menegaskan bahawa banyak soket-soket yang tidak berfungsi dengan baik. Kami memohon agar dilakukan pemeriksaan semula terhadap soket-soket berkenaan. Dekan FKAB bersetuju dengan tindakan tersebut.

5) Penghawa dingin di Surau Wanita
Laporan yang diberikan diterima dan Prof. Marzuki memaklumkan agar pihak PEMATRA dan MPP FKAB melakukan “follow up” dengan pihak penyelenggaraan dan pembangunan FKAB.

6) Kemudahan Dewan-Dewan Kuliah
PEMATRA dan MPP FKAB telah memaklumkan beberapa DK yang berada dalam keadaan tidak kondusif.  Sejajar dengan proses menaik taraf siling-siling di fakulti, dewan-dewan kuliah yang dikenal pasti bermasalah juga akan dinaik taraf.

Sehingga sekarang hampir satu bulan selepas perjumpaan diadakan, PEMATRA dan MPP FKAB, telah melaksanakan “follow Up” berkenaan aduan yang telah diberikan. Pihak pengurusan fakulti memaklumkan bahawa semuanya masih dalam tindakan dan maklumat lanjut akan diberitahu kemudian kepada PEMATRA dan MPP.


Mustapha Kamel Husen Bin Abd Kadir
YDP Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan dan Alam Bina (PEMATRA) 13/14

0 ulasan:

Catat Ulasan