KARNIVAL SUKAN FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA ( KASUTRA )



          Pada 13 Disember 2014, Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuteraan dan Alam Bina (PEMATRA) telah menganjurkan Karnival Sukan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (KASUTRA). Karnival ini disertai oleh warga fakulti yang diuruskankan oleh 46 orang ahli jawatankuasa dan dipantau oleh pensyarah penasihat . Karnival ini dijalankan pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di gelanggang sukan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO).

          Sukan yang telah dipertandingkan semasa karnival ini adalah futsal, bola jaring, bola tampar dan bola keranjang. Program ini telah berjaya dijalankan dan mendapat sambutan yang baik. Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap permainan yang yang dipertandingkan.

Futsal
1. John Putih ( JKMB 2)

2. Peneutralisasi Pilu (JKKP 3)

3. JKEES 3

Bola Tampar (Lelaki)

1. JKEES 3

2. JKAS 4

3. JKMB 3

Bola Tampar (Wanita)

1. Manis (JKEES 3)

2. JKMB 3

Bola Keranjang

1. DNL

2. Peace

3. JKMB 3

Bola Jaring

1. JKAS 4

2. Gadis Cun (JKKP 3)

3. Manis ( JKEES 3)



        Karnival sukan ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh PEMATRA. Program ini diharapkan menjadi program perintis dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan mahasiswa/i. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara mahasiswa/i di UKM khususnya warga Fakulti Kejuruteraan. Selain itu program ini juga dapat memupuk semangat perpaduan sesama pelajar dengan harapan dapat meningkatkan lagi interaksi antara mahasiswa/i. Mahasiswa juga dapat memahami antara satu sama lain seterusnya saling bantu membantu dalam kerjasama berpasukan. Program ini diharap dapat melahirkan dan mengetengahkan atlit berpotensi besar lagi berkualiti di peringkat universiti. Selain itu, peserta diharapkan dapat memajukan sukan seterusnya menjadikan bidang sukan sebagai salah satu kerjaya atau profesion. Terima kasih kepada semua peserta dan ahli jawatankuasa yang menjayakan program KASUTRA ini.




AJK bersama pemain-pemain




Sesi penyampaian hadiah



Team Futsal JKEES Tahun 3



Team Bola Jaring JKKP Tahun 2


Team Bola Tampar JKAS Tahun 4


Team Bola Jaring JKAS Tahun 4


Semasa perlawanan Futsal berlangsung


Semasa perlawanan Bola Jaring berlangsung




0 ulasan:

Catat Ulasan