INTERNATIONAL STUDENTS MULTIDISCIPLINARY DESIGN CAMP (IS-DEC)

       Pada 28 Januari 2015, seramai 16 orang pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina berserta 4 orang pensyarah telah pergi ke Institut Teknologi Bandung bagi menghadiri program International Student Multidisciplinary Design Camp (IS-DEC). Program ini dijalankan selama seminggu dan berakhir pada 3 Februari 2015.
   
       Program Perkhemahan Reka Bentuk IS-DEC adalah merupakan salah satu program di bawah The Innovation Hub Centre yang berpusat di Chonbuk National University, Korea. Program perkhemahan ini dianggotai oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Aeroangkasa, Institut Teknologi Bandung (ITB) dan satu konsortium university-universiti terkemuka di Korea. Pihak FKAB UKM telah mula terlibat dengan aktiviti perkhemahan reka bentuk ini pada tahun 2013.

         Untuk tujuan perkhemahan IS-DEC 2014, ITB telah menjadi tuan rumah kepada hampir 70 orang pelajar dan pensyarah dari universiti-universiti di Korea dan ITB. Program tersebut yang ditaja sebahagiannya oleh The Innovation Hub Centre, Korea melibatkan aktiviti-aktiviti reka bentuk dan juga aktiviti kemasyarakatan dan lawatan.

         Hasil daripada program perkhemahan tersebut, beberapa projek rekabentuk telah diusulkan. Untuk setiap kumpulan reka bentuk, kumpulan pelajar UKM digandingkan dengan rakan-rakan mereka samada daripada universiti di Korea atau ITB. Setiap kumpulan pelajar ini diminta untuk menghasilkan reka bentuk produk atau sistem hingga ke peringkat prototaip. Sekiranya berjaya hingga ke peringkat akhir, kumpulan pelajar dijemput oleh The Innovation Hub Centre untuk menyertai Engineering Education Festival (E2Festa) iaitu pertandingan reka bentuk pendidikan kejuruteraan peringkat antarabangsa yang lazimnya berlangsung pada bulan November/Disember setiap tahun di Korea.







Sebelum balik Malaysia


Semasa perbincangan dalam kumpulan


                                                          Semasa perbincangan dalam kumpulan



Semasa penyampaian sijil kepada para peserta


Perbincangan dalam kumpulan




Aktiviti di Gunung Kareumbi



                                                                Semasa di Gunung kareumbi




0 ulasan:

Catat Ulasan