SEEK THROUGH YOUR HEART

Alhamdulilah segala puji atas segala nikmat yang telah diberikan olah Allah S.W.T kepada kita semua. Pada tanggal 22 November 2013, Exco Masyarakat dan Sosial telah mengadakan program yang diberi nama "Seek Through Your Heart" yang telah di ketuai oleh saudari Nataliah Mohd Fauzan selaku ketua program. Seramai 30 orang AJK dan lebih kurang 50 peserta anak-anak yatim dari pelbagai sekolah telah bertungkus lumus selama 3 hari bersama-sama menjayakan program ini.

Program ini merupakan wadah platform untuk kami sebagai Mahasiswa bersama-sama masyarakat berbentuk kebajikan bersama orang luar. Program yang bertemakan Hati ke Hati dimana para AJK cuba memahami dan mendalami para peserta di dalam program ini. Pengisian-pengisian dalam program ini berobjektifkan pembentukkan nilai integriti yang tinggi dalam diri para peserta,disamping mengasah kemahiran-kemahiran yang diperlukan sebagai bakal jurutera kelak.

Pada hari Jumaat,para peserta dikumpulkan di Hutan Pendidikan Alam bagi sesi perkenalan. Para peserta berkenal-kenalan bersama AJK dan diberi taklimat ringkas mengenai program ini. Pada sebelah malam nya, para peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk sesi "Ice Breaking" di mana terdapat beberapa aktiviti bersama kumpulan yang mana bagi memupuk semangat kerjasama dan bagi merapatkan ukhwah sesama mereka.


Keesokkan harinya, para peserta kemudianya meneruskan aktiviti mereka di sekitar Fakulti Alam dan Bina di bina. Antara pengisian aktiviti pada sebelah pagi ialah para peserta di kehendaki bermain permainan Explorace. Para peserta bersama kumpulan masing-masing di kehendaki menyelesaikan tugasan dari satu checkpoint ke satu checkpoint sehingga tamat. Kemudiannya, di sebelah petang pula para di adakan satu aktiviti di namakan sebagai "Voice Out" di mana para peserta menulis jurnal berkisar mengenai pengalaman mereka. Selepas selesai solat Zuhur dan makan tengahari, satu slot "Hello Robot" dari pihak Astana dijalankan. Pada sebelah malam pula, di adakan 2 aktiviti antaranya ialah "Invention Of Tamiya" dan "Usrah" bersama para peserta.

Pada hari terakhir program, para peserta dan AJK bersama-sama bergotong royong membersihkan sekitar fakulti dan di adakan program edaran bumbur lambuk yang telah di masak oleh para peserta dan AJK program. Di akhir program, saudari Nataliah dan saudara Presiden, Mustapha telah memberikan ucapan penutup dan sedikit cenderahati kepada para peserta sebagai tanda prihatin dan rasa sayang kami kepada mereka.

Akhir kalam, di harap program ini dapat memupuk sifat keinsafan dan kesyukuran dalam diri setiap pihak supaya kita tidak menjadi golongan yang tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Jutaan terima kasih pihak kami ucapkan, andai ada kesilapan serta kekhilafan yang berlaku kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua. ^_^

"Ketika kita ikhlas dalam menyantuni Anak Yatim, Yakinlah bahawa kemudahan untuk pelaksanaan program pasti akan datang. Anak Yatim bukanlah beban bagi kita, akan tetapi Anak Yatim adalah seseorang yang akan memudahkan jalan kita"



InsyaAllah

Wassalam...

#WeShare #WeCare
#WeStandStrongTogether


















2 ulasan:

fun betol kem nihh...harap bolew sertai lagii ^_^

25 November 2013 pada 11:56 PG comment-delete

kenapa gallery x bleh buka. mohon ajk blog update .

3 Disember 2013 pada 7:05 PTG comment-delete

Catat Ulasan