PEMATRA @ #fit2drive


6 November 2013- #FIT2DRIVE Malaysia peringkat IPT telah menemui tirai penutupnya. Satu pertandingan yang sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang sangat bermakna kepada semua peserta. Kami berpeluang menimba ilmu lebih mendalam akan dunia automotif dan perkhidmatan dalam sektor automotif.

Seramai 4 kumpulan yang mewakili UKM dalam pertandingan ini, (PANAMERA, EXACTOR, EVORA and INSPECTORS) namun nasib tidak menyebelahi kami semua. Kami tidak dapat berjaya mara ke peringkat akhir. Namun, apa yang membanggakan, Pasukan INSPECTORS dan EXACTOR berjaya menduduki tempat dalam TOP 10 dari keseluruhan seramai 68 pasukan. Pada sesi penyampaian hadiah, Pasukan PANAMERA berjaya merangkul hadiah COMIC STRIPS TERBAIK!

Tahniah! Kami mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan juga kepada pihak penganjur. Satu program yang sangat bermanafaat dan kami belajar banyak perkara! Di samping itu, perhubungan(Networking) antara pihak industri automotif dengan pelajar semakin meningkat.

Mungkin tahun hadapan? Anda semua yang lain boleh turut serta? Dan merasai pelbagai pengalaman sepertimana yang kami dapat?









#pematrashare #fit2drive

by aquzanis@gmail.com





0 ulasan:

Catat Ulasan