KELAB CHESC @ NACES


Alhamdulillah kami kembali dengan artikel yang menarik dan sensasi. Sedia maklum, National Chemical Engineering Symposium 2013 (NACES 2013) anjuran kelab CHESC Uitm Pulau Pinang telah melabuhkan tirainya pada 10 November yang lepas. Pertandingan tahunan ini dijalankan untuk pelajar kejuruteraan kimia IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Antara Universiti yang menyertai pertandigan ini adalah UM,UTM,UPM,USM,UTP, UCSI, Uitm Pulau Pinang,Uitm Shah Alam,Uitm Bukit Besi dan termasuklah UKM yang dibarisi seramai 24 orang kelab CHESC UKM dari FKAB. Enam pertandingan telah dianjurkan iaitu:

1.Technical Essay Writing

2.Technical Video Presentation 

3.Power Point Presentation 
4.Case Study 
5.Technical Plant Design
6.Chemical Engineer Challenge (CEC)

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari ini, 24 orang wakil UKM telah bertempur dalam 6 pertandigan tersebut. Suka duka dirasai bersama. Kelab CHESC UKM berjaya memenangi Case Study (Ke-2) dan Essay Writing (Ke-3). Wakil daripada Kelab CHESC UKM berharap akan mendapat Johan untuk NACES 2014 yang akan diadakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP). 
"Saya sangat berharap untuk NACES seterusnya junior-junior tahun 1,2 lebih berbakat dan hebat-hebat untuk join NACES 2014. Make UKM proud and grab more challenges and experiences" 

Afifah Syafiqah
Ahli Kelab CHESC



0 ulasan:

Catat Ulasan