Sepintas Lalu Bersama PEMATRA di Bulan Oktober : Majlis Perasmian Bilik Perbincangan FKAB

15/10/20141
Sebelah Surau Lelaki (Ruang Kerusi Berpayung)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada jam 2.30 petang hari Rabu yang lalu, sebuah Majlis Perasmian Bilik Perbincangan FKAB telah dijalankan di ruang kerusi berpayung sebelah surau lelaki fakulti dan dihadiri oleh wakil Persatuan Mahasiswa UKM dan dirasmikan oleh Professor Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Ihsan, Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina UKM. Majlis telah dihadiri oleh NaibYang Dipertua PMUKM Sesi 13/14 iaitu Muhammad Sallehudin bin Khalid dan Biro Media & Penerangan PMUKM Sesi 13/14, Ahmed Amri Bin Zulkafli.

Majlis ini adalah bertujuan untuk merasmikan bilik perbincangan FKAB yang bakal digunakan secara rasminya oleh mahasiswa/mahasiswi di fakulti kejuruteraan. Untuk pengetahuan semua, bilik perbincangan ini merupakan salah satu manifesto yang telah dijanjikan dalam PRK sebelum ini oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Alhamdulillah, bilik ini telah selamat dirasmikan oleh Professor Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Ihsan sebelum tamatnya MPP pada sesi kali ini.




 
Professor Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Ihsan



Ahmed Amri Bin Zulkafli (Biro Media & Penerangan PMUKM Sesi 13/14) 



Mohd FikriAkram Bin Mohd Juhat (Presiden Pematra)


Muhammad Sallehudin bin Khalid (NaibYang Dipertua PMUKM Sesi 13/14)



Dalam majlis tersebut juga, terdapat beberapa pesanan yang telah disampaikan. Antaranya daripada :


Professor Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Ihsan :
  • -         Kita perlulah prihatin terhadap orang disekililing kita walaupun kita dalam usaha mengejar akademi.
  • -          Mengekalakan keseimbangan karier dan pergaulan sesama masyarakat.
  • -          Mengambil idola rakan-rakan yang telah berjaya kerana “kita adalah siapa raka-rakan kita”.
  • -           Bekerja untuk menyumbang kepada masyarakat.

 Muhammad Sallehudin bin Khalid (Timbalan Yang Dipertua PMUKM)
  • -          Manifesto berteraskan kepada dua iaitu “kehendak” dan “keperluan”.
  • -          MPP kini lebih bergerak ke arah “keperluan” mahasiswa/i dan sedaya upaya melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan.
  • -          Menjadi pemimpin yang menyelesaikan masalah (solving problem). 



Gimik pelancaran


Bilik pertama : ruang diskusi pelajar

Bilik kedua : ruang diskusi pelajar

Cenderamata kenang-kenangan

Di akhir majlis tersebut, pihak penganjur juga turut mengadakan hadiah cabutan bertuah. Beberapa hadirin yang hadir pada majlis tersebut telah terpilih sebagai pemenang pada hari tersebut.




Hadiah cabutan bertuah

0 ulasan:

Catat Ulasan