HARI INTERAKSI JKKP TAHUN 1 KELAB KEJURUTERAAN KIMIA DAN BIOKIMIA SESI 2014/2015

       
       Program ini bermula pada 2.30 petang di bilik OBE yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Ahmad Shazwan. Diteruskan dengan Ice Breaking dan dipecahkan dalam beberapa kumpulan untuk mengenali lebih rapat antara satu sama lain.

        Terdapat beberapa aktiviti yng dijalankan iaitu membuat menara belon dengan hanya menggunakan beberapa alatan seperti belon ,seletep, dan benang. Selain itu, pelajar tahun 1 juga diminta membuat tepukan semangat mengikut kreativiti masing-masing. Bagi pertandingan CHEER,  pelajar tahun 4 JKKP menjadi juri pada hari tersebut dalam memutuskan kumpulan manakah yang mampu menghasilkan sorakan paling bersemangat. Bagi pertandingan menara belon pula diadili oleh pelajar tahun 2dan 3 JKKP mengikut ketahan dan kestabilannya.

         Mohd Ruzaini selaku pengarah bagi program Chem E car peringkat kebangsaan menerangkan serba sedikit tentang program tersebut yang akan dilaksanakan pada semester  kedua. Program dijangka akan berlangsung pada 3 dan 4 April 2015. UKM telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan Chem E car kali ke-10. Selain itu, beliau juga menjelaskan serba sedikit tentang gerak kerja yang bakal dijalankan bagi menjayakan program tersebut.

        Turut hadir memeriahkan lagi program ini adalah Pensyarah JKKP, Prof. Madya Noorhisham Tan Kofli merangkap Penasihat CHESC. Beliau berpesan kepada pelajar-pelajar tahun 1 agar sentiasa bersama-sama membantu Kelab CHESC kerana begitu banyak program yang akan dianjurkan sepanjaing tahun dan memerlukan batan aktif dari semua pelajar.


       Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Bagi pertandingan menara belon dan pertandingan CHEER dimenangi oleh kumpulan DECTAR. Seterusnya, hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan diberikan kepada Encik Noorhisham selaku penasihat CHESC.


GAMBAR SEMASA PROGRAM DIJALANKAN


Suasana ketika majlis dilangsungkan


Prof  Madya Hisham memperkenalkan dan menjelaskan kelab CHESC kepada pelajar tahun 1


Ahmad Shazwan mengendali sesi ice-breaking


Pelajar tahun 1 mengerah bakat mencipta ‘cheer’ kumpulan


Aktiviti membina menara belon


0 ulasan:

Catat Ulasan