Sepintas Lalu Bersama PEMATRA di Bulan Oktober : Pengedaran Dadih Percuma

15/10/2014 (Rabu)

Foyer dan Kafeteria FKAB


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari Rabu yang lepas, Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Dan Alam Bina telah mengadakan aktiviti pengedaran dadih secara percuma kepada seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina. Aktivi ini telah dimulai dengan gotong-royong membuat dadih oleh semua Ahli Jawatankuasa PEMATRA pada petang Selasa di bilik gerakan PEMATRA.


Dadih yang telah sedia untuk diedarkan

Ahli Jawatankuasa Pematra turut mengambil kesempatan untuk mengagihkannya

Tujuan pengedaran dadih ini adalah untuk memperkenalkan persatuan ini kepada warga fakulti kejuruteraan, khususnya kepada mahasiswa dan mahasiswi yang baru sahaja menjadi warga UKM bagi sesi 2014/2015. Selain itu, aktiviti ini juga memupuk sikap bekerjasama dan merapatkan lagi ukhuwah antara Ahli Jawatankuasa PEMATRA pada sesi kali ini.


Agihan dibilik Pascasiswazah

Antara mahasiswa pascasiswazah yang bertuah mendapat agihan dadih

Agihan di foyer : Bersama pelajar-pelajar fakulti kejuruteraan



Sesi Gotong-royong penyediaan dadih






Penyediaan dadih oleh Ahli Jawatankuasa Pematra



Dadih yang telah siap dimasukkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil



0 ulasan:

Catat Ulasan