TENTANG KAMI




Setiap organisasi pasti bermula dengan pebagai titik permulaan dan pasti juga, setiap organisasi mempunyai matlamat dan caranya yang tersendiri. Melibatkan diri dalam persatuan Mahasiswa Fakulti mempunyai pengalaman yang juga berbeza dengan persatuan lain sedikit sebanyak belajar pelbagai perkara dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya.

PEMATRA telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamatnya untuk melahirkan bakal jurutera yang aktif, dinamis dan berakhlak.Sehubungan itu,rakan-rakan fakulti diharapkan dapat sama-sama meneruskan delegasi kepimpinan dan meningkatkan lagi kualiti dalam berorganisasi.

Sama-sama tingkatkan usaha mendapatkan segala pengalaman dan ilmu serta berlatih meningkatkan kemahiran dalam pelbagai aspek.
Pemimpin Mahasiswa mencorak budaya kampus.Pemimpin merupakan "role model" kepada seluruh ahli di bawahnya.