EXCO MEDIA

Exco Media dan Penerangan ditugaskan bagi menguruskan bahagian hebahan aktiviti Pematra serta sebagai medium bagi menerangkan informasi yang telah dilaksanakan oleh Pematra. Di samping itu, segala informasi berkaitan aktiviti di dalam mahupun di luar fakulti yang melibatkan mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina turut menjadi salah satu tugas ahli Exco Media dan Penerangan untuk membuat hebahan.

Di samping itu, sebarang bentuk media (video, gambar) dan medan sosial (Facebook, Blog dan Twitter) juga dikendalikan oleh ahli-ahli exco ini bagi memastikan informasi tersebut sampai kepada semua mahasiswa Fakulti Kejuruteraan. 

Antara projek yang bakal dilaksanakan :









BENGKEL PHOTOSHOP

Di dalam bengkel ini, anda akan diajar cara menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk mencantikkan foto yang telah dirakam. Anda juga akan ditunjukkan bagaimana cara untuk menjadikan gambar anda kelihatan realistik mengikut standard fotografi sebenar. Bengkel intensif ini berteraskan praktikal dimana peserta akan melakukan sendiri setiap apa yang telah diajar dengan bimbingan rapat dari tutor.Program ini bakal berlansung pada bulan Disember ini.