EXCO EKSPRESI MAHASISWA

KARNIVAL SUKAN FKAB
Karnival sukan ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh Pematra.Program ini diharapkan menjadi perintis dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.Program ini juga dapat mengertaykan hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi di UKM khususnya warga FKAB.Selain itu,program ini juga dapat mempuk semangat perpaduan sesama pelajar dengan harapan dapat meningkatkan lagi interaksi antara mahasiswa dan mahasiswi.Diharap dapat melahirkan dan mengetengahkan atlit berpontensi besar lagi berkualiti di peringkat universiti.

FRESHMAN CAMP
Freshman Camp yang telah diadakan bermula pada tahun lepas merupakan kesinambungan dari program-program terdahulu yang berjaya dianjurkan dan digerakkan oleh Exco Kebajikan,Pematra.Dibawah nama Kem Kembara Jurutera pada sesi 2008/2009 dan ditukar nama kepada Freshman Camp pada sesi 2010/2011,program seumpama ini merupakan program tahunan yang dianjurkan bagi melahirkan genarasi belia yang berwawasan,seterusnya melahirkan bakal pelajar yang berjaya dengan menerapkan nilai-nilai disiplin dan moral sahsiah untuk pembangunan kendiri.




0 ulasan:

Catat Ulasan