DEBAT MANIFESTO CALON CALON FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA



           Pada 19 November 2014, Debat Manifesto bagi calon-calon Pilihan Raya Kampus Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah diadakan.Mungkin agak janggal kiranya "Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina" menjadikan Debat sebagai Budaya, Tapi kami percaya, ini pentas dan platform yang terbaik untuk Mahasiswa/i Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina kali ini untuk mengenal siapa calon yang paling layak untuk di undi dan relevannya Manifesto yang diperjuangkan sepanjang satu sesi "mengemudi" FKAB.


       Saudara Haziq bin Othman dan Saudari Nur Ain binti Saad mewakili calon FKAB 1/2 manakala Saudara Muhammad Sallehudin bin Khalid dan Saudari Fathiah Izzah binti Mohd Nasir mewakili calon FKAB 3/4. 
       Pertama sekali, Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Dan Alam Bina UKM,
PEMATRA, ingin mengucapkan Tahniah kepada Saudara Sallehudin bagi kerusi Tahun 3/4 dan Saudara Haziq Othman bagi kerusi Tahun 1/2 atas kemenangan dalam Pilihanraya Kampus bagi Kerusi Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina.
      Buat yang tidak berjaya, Tahniah juga diucapkan, sememangnya anda antara insan yang begitu kuat dalam melalui pilihanraya Kampus kali ini.Syabas! Mungkin ini juga kemenangan yang tertangguh buat kalian berdua, Fathiah Izzah dan Nur Ain Saad
      Diperingkat Kepimpinan PEMATRA, membuka pintu seluas luasnya sekiranya ,Wakil yang menang untuk berkerjasama dengan PEMATRA, demi kepentingan kebajikan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina. Ayuh kita ketepikan ideologi masing masing, kita bergerak satu laluan demi kebaikan bersama.


Presiden Pematra bersama barisan calon pilihanraya kampus FKAB

Calon FKAB 3/4 semasa membentangkan manifesto mereka masing-masing

Calon FKAB 1/2 semasa membentangkan manifesto mereka masing-masing

Suasana ketika debat manifesto dijalankan

Sesi soal jawab antara calon dan pelajar

0 ulasan:

Catat Ulasan