KASUTRA 2013


Unit Exco Eksperesi Mahasiswa Pematra telah menganjurkan satu karnival sukan yang di kenali sebagai "KASUTRA" pada 14 haribulan Disember 2013 yang berlansung di gelangang KTHO selama satu hari.

KASUTRA singkatan nama bagi Karnival Sukan Kejuruteraan merupakan acara sukan tahunan wajib bagi pelajar dan kakitangan staf FKAB di mana saban tahun pasti di serikan dengan jumlah penyertaan dari seluruh warga FKAB.

Objektif utama Unit Exco Eksperesi Mahasiswa mengadakan karnival KASUTRA ini adalah untuk memupuk semangat berpasukan dikalangan warga FKAB dalam usaha membina sahsiah dengan matlamat mencapai kegemilangan. Selain itu, mengeratkan tali ukhwah silaturahim dan menggalakan interaksi muhibah sesama pelajar dan kakitangan staf FKAB. Di samping itu, karnival ini juga dapat mewujudkan persaingan bersukan yang sihat dikalangan warga FKAB.

KASUTRA mempertandingkan dua acara sahaja pada tahun ini  iaitu "Grand Futsal" bagi lelaki dan "Bola Jaring" bagi perempuan. Karnival ini melibatkan lebih 150 peserta terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi FKAB dan termasuk kakitangan staf FKAB. Karnival ini tamat pada jam 5.00 petang di mana Majlis Penutup di serikan dengan kehadiran saudara Mukhsen Abd Kadir selaku YDP PEMATRA yang telah memberikan hadiah kepada pemenang yang berjaya.

Akhir kalam, di harap karnival ini dapat di teruskan lagi pada masa-masa akan datang. Jutaan terima kasih pihak kami ucapkan andai ada kesilapan dan kekhilafan yang berlaku pihak kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua ^_^

Sekalung tahniah pihak kami ucapkan !
Terima kasih !










0 ulasan:

Catat Ulasan