15/10/20141
Sebelah Surau Lelaki (Ruang Kerusi Berpayung)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada jam 2.30 petang hari Rabu yang lalu, sebuah Majlis Perasmian Bilik Perbincangan FKAB telah dijalankan di ruang kerusi berpayung sebelah surau lelaki fakulti dan dihadiri oleh wakil Persatuan Mahasiswa UKM dan dirasmikan oleh Professor Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Ihsan, Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina UKM. Majlis telah dihadiri oleh NaibYang Dipertua PMUKM Sesi 13/14 iaitu Muhammad Sallehudin bin Khalid dan Biro Media & Penerangan PMUKM Sesi 13/14, Ahmed Amri Bin Zulkafli.

Majlis ini adalah bertujuan untuk merasmikan bilik perbincangan FKAB yang bakal digunakan secara rasminya oleh mahasiswa/mahasiswi di fakulti kejuruteraan. Untuk pengetahuan semua, bilik perbincangan ini merupakan salah satu manifesto yang telah dijanjikan dalam PRK sebelum ini oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Alhamdulillah, bilik ini telah selamat dirasmikan oleh Professor Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Ihsan sebelum tamatnya MPP pada sesi kali ini.




 
Professor Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Ihsan



Ahmed Amri Bin Zulkafli (Biro Media & Penerangan PMUKM Sesi 13/14) 



Mohd FikriAkram Bin Mohd Juhat (Presiden Pematra)


Muhammad Sallehudin bin Khalid (NaibYang Dipertua PMUKM Sesi 13/14)



Dalam majlis tersebut juga, terdapat beberapa pesanan yang telah disampaikan. Antaranya daripada :


Professor Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Ihsan :
  • -         Kita perlulah prihatin terhadap orang disekililing kita walaupun kita dalam usaha mengejar akademi.
  • -          Mengekalakan keseimbangan karier dan pergaulan sesama masyarakat.
  • -          Mengambil idola rakan-rakan yang telah berjaya kerana “kita adalah siapa raka-rakan kita”.
  • -           Bekerja untuk menyumbang kepada masyarakat.

 Muhammad Sallehudin bin Khalid (Timbalan Yang Dipertua PMUKM)
  • -          Manifesto berteraskan kepada dua iaitu “kehendak” dan “keperluan”.
  • -          MPP kini lebih bergerak ke arah “keperluan” mahasiswa/i dan sedaya upaya melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan.
  • -          Menjadi pemimpin yang menyelesaikan masalah (solving problem). 



Gimik pelancaran


Bilik pertama : ruang diskusi pelajar

Bilik kedua : ruang diskusi pelajar

Cenderamata kenang-kenangan

Di akhir majlis tersebut, pihak penganjur juga turut mengadakan hadiah cabutan bertuah. Beberapa hadirin yang hadir pada majlis tersebut telah terpilih sebagai pemenang pada hari tersebut.




Hadiah cabutan bertuah

15/10/2014 (Rabu)

Foyer dan Kafeteria FKAB


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari Rabu yang lepas, Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Dan Alam Bina telah mengadakan aktiviti pengedaran dadih secara percuma kepada seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina. Aktivi ini telah dimulai dengan gotong-royong membuat dadih oleh semua Ahli Jawatankuasa PEMATRA pada petang Selasa di bilik gerakan PEMATRA.


Dadih yang telah sedia untuk diedarkan

Ahli Jawatankuasa Pematra turut mengambil kesempatan untuk mengagihkannya

Tujuan pengedaran dadih ini adalah untuk memperkenalkan persatuan ini kepada warga fakulti kejuruteraan, khususnya kepada mahasiswa dan mahasiswi yang baru sahaja menjadi warga UKM bagi sesi 2014/2015. Selain itu, aktiviti ini juga memupuk sikap bekerjasama dan merapatkan lagi ukhuwah antara Ahli Jawatankuasa PEMATRA pada sesi kali ini.


Agihan dibilik Pascasiswazah

Antara mahasiswa pascasiswazah yang bertuah mendapat agihan dadih

Agihan di foyer : Bersama pelajar-pelajar fakulti kejuruteraan



Sesi Gotong-royong penyediaan dadih






Penyediaan dadih oleh Ahli Jawatankuasa Pematra



Dadih yang telah siap dimasukkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil



       
       Program ini bermula pada 2.30 petang di bilik OBE yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Ahmad Shazwan. Diteruskan dengan Ice Breaking dan dipecahkan dalam beberapa kumpulan untuk mengenali lebih rapat antara satu sama lain.

        Terdapat beberapa aktiviti yng dijalankan iaitu membuat menara belon dengan hanya menggunakan beberapa alatan seperti belon ,seletep, dan benang. Selain itu, pelajar tahun 1 juga diminta membuat tepukan semangat mengikut kreativiti masing-masing. Bagi pertandingan CHEER,  pelajar tahun 4 JKKP menjadi juri pada hari tersebut dalam memutuskan kumpulan manakah yang mampu menghasilkan sorakan paling bersemangat. Bagi pertandingan menara belon pula diadili oleh pelajar tahun 2dan 3 JKKP mengikut ketahan dan kestabilannya.

         Mohd Ruzaini selaku pengarah bagi program Chem E car peringkat kebangsaan menerangkan serba sedikit tentang program tersebut yang akan dilaksanakan pada semester  kedua. Program dijangka akan berlangsung pada 3 dan 4 April 2015. UKM telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan Chem E car kali ke-10. Selain itu, beliau juga menjelaskan serba sedikit tentang gerak kerja yang bakal dijalankan bagi menjayakan program tersebut.

        Turut hadir memeriahkan lagi program ini adalah Pensyarah JKKP, Prof. Madya Noorhisham Tan Kofli merangkap Penasihat CHESC. Beliau berpesan kepada pelajar-pelajar tahun 1 agar sentiasa bersama-sama membantu Kelab CHESC kerana begitu banyak program yang akan dianjurkan sepanjaing tahun dan memerlukan batan aktif dari semua pelajar.


       Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Bagi pertandingan menara belon dan pertandingan CHEER dimenangi oleh kumpulan DECTAR. Seterusnya, hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan diberikan kepada Encik Noorhisham selaku penasihat CHESC.


GAMBAR SEMASA PROGRAM DIJALANKAN


Suasana ketika majlis dilangsungkan


Prof  Madya Hisham memperkenalkan dan menjelaskan kelab CHESC kepada pelajar tahun 1


Ahmad Shazwan mengendali sesi ice-breaking


Pelajar tahun 1 mengerah bakat mencipta ‘cheer’ kumpulan


Aktiviti membina menara belon







Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (FKAB)


Pada hari sabtu dan Ahad yang lepas, Kursus Pengurusan Organisasi dan Kepimpinan selama 2 hari ini sedikit sebanyak telah memberi pendedahan awal kepada Ahli-ahli Jawatankuasa baru PEMATRA sesi 2014/2015 tentang tugas-tugas yang perlu mereka galas serta informasi-informasi terkini yang berlaku di Universiti. Selain itu, kursus ini juga turut di isi dengan aktiviti-aktiviti menarik serta mencungkil kreativiti peserta dalam menyelesaikan tugas dalam kumpulan. 

Program yang berjalan ini telah berjaya mencapai objektifnya yang mana ingin memberi pendedahan awal kepada Pematra sesi2014/2015 tentang perancangan dan Halatuju yang ingin dilaksanakan pada sesi kali ini sekaligus memberi suntikan semangat kepada Ahli Pematra sesi Kali ini.


          
    Berbangga dan berterima kasih kepada Professor Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Ihsan Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina UKM atas sokongan padu beliau kepada program-program yang kami sediakan.

     


               Majlis Tertinggi PEMATRA
                         
                             Presiden    
                            Mohd Fikri  Akram Bin Mohd Jumat

                         
                                       Timb.Presiden 1 
                                 Ahmad Nabil Bin Rosli 

   
                                    
                            Timb.Presiden 2 
                             Nor Fadzleena Binti Suhaimi 

                           
                                          Setiausaha Agung 
                                               Nataliah Bt Mohd Fauzan

                              
                                 Bendahari Ke Hormat 
                                 Nurul Hafiz bin Othman




Pembentangan Aktiviti Sepanjang Tahun 2014/2015 : 
Setiap Exco

Dalam edisi kali ini juga, setiap exco akan membentangkan gerak kerja yang akan dilakukan sepanjang sesi 2014/2015 yang meliputi program dan kebajikan di Fakulti.



                         



                   Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan LDK



                                        




Aktiviti yang dikendalikan Oleh Prof Kamal

                  



                                   





                        






Barbecue


Setelah penat melaksanakan aktiviti sepanjang program ini, kami sempat duduk bersama dan mengadakan aktiviti barbecue bersama bagi mengeratkan lagi silaturrahim bersama Ahli Pematra 2014/2015.


Dan di hujung sesi ini kami sempat mengadakan "Sharing Experience" dari Saudara Mustafa Kamal yang juga merupakan Mantan Presiden Pematra sesi 2013/2014/











Kami : Keluarga baru PEMATRA ;)




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut merupakan Barisan Majlis Tertinggi PEMATRA sesi 2014/2015.

Tahniah, kepada Mahasiswa/i dan selamat Datang ke Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina

Senja Gemilang Bayu berpuput
                  Gugur kenanga di Celah Jerami
Besarlah hati kami menyambut
              Tuan bertamu ke Fakulti Kami




Anda stress ?? Serabut dengan assignment ?? Projek ?? Terasa nak lepaskan stress ?? Mahu lari dari kehidupan jadual padat anda ??? AAHHHHHH PENAT !!!!

Kami ada jawapannya
.
.
.

"TEAM BUILDING" PEMATRA kembali lagi !!! Anda di beri 3 hari 2 malam untuk merasai sendiri pengalaman yang menarik di sajikan kepada anda nanti. Antara aktiviti menarik menanti anda disana ialah Night Walk, War Game, Water Confident dan banyak lagi khas untuk anda sahaja auch !  ^_^

Sesiapa yang berminat boleh dapatkan borang di bilik PEMATRA. Dan penyertaan adalah Terhad kepada 40 Penyertaan terawal !!!

Yuran penyertaan hanya RM 20 ringgit sahaja dan setiap peserta akan diberikan Pendrive + Goodies Bag + Baju Program dan Sijil Penyertaan. Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

P/s : Terbuka kepada Pelajar Tahun 1 FKAB sahaja



**Jika anda mempunyai sebarang raguan,soalan dan pertanyaan. Hubungi Nik Fikrie Nik Hussien di talian( 014-5232128 )