DEBAT MANIFESTO CALON CALON FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA



           Pada 19 November 2014, Debat Manifesto bagi calon-calon Pilihan Raya Kampus Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah diadakan.Mungkin agak janggal kiranya "Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina" menjadikan Debat sebagai Budaya, Tapi kami percaya, ini pentas dan platform yang terbaik untuk Mahasiswa/i Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina kali ini untuk mengenal siapa calon yang paling layak untuk di undi dan relevannya Manifesto yang diperjuangkan sepanjang satu sesi "mengemudi" FKAB.


       Saudara Haziq bin Othman dan Saudari Nur Ain binti Saad mewakili calon FKAB 1/2 manakala Saudara Muhammad Sallehudin bin Khalid dan Saudari Fathiah Izzah binti Mohd Nasir mewakili calon FKAB 3/4. 
       Pertama sekali, Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Dan Alam Bina UKM,
PEMATRA, ingin mengucapkan Tahniah kepada Saudara Sallehudin bagi kerusi Tahun 3/4 dan Saudara Haziq Othman bagi kerusi Tahun 1/2 atas kemenangan dalam Pilihanraya Kampus bagi Kerusi Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina.
      Buat yang tidak berjaya, Tahniah juga diucapkan, sememangnya anda antara insan yang begitu kuat dalam melalui pilihanraya Kampus kali ini.Syabas! Mungkin ini juga kemenangan yang tertangguh buat kalian berdua, Fathiah Izzah dan Nur Ain Saad
      Diperingkat Kepimpinan PEMATRA, membuka pintu seluas luasnya sekiranya ,Wakil yang menang untuk berkerjasama dengan PEMATRA, demi kepentingan kebajikan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina. Ayuh kita ketepikan ideologi masing masing, kita bergerak satu laluan demi kebaikan bersama.


Presiden Pematra bersama barisan calon pilihanraya kampus FKAB

Calon FKAB 3/4 semasa membentangkan manifesto mereka masing-masing

Calon FKAB 1/2 semasa membentangkan manifesto mereka masing-masing

Suasana ketika debat manifesto dijalankan

Sesi soal jawab antara calon dan pelajar

0 ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM "MY OLE OLE" ANJURAN YAYASAN SALAM MALAYSIA

           

               

           Pada 15/11/2014, Pematra di Bawah Exco Masyarakat dan Sosial telah berkerjasama menjayakan program "My Ole Ole" Anjuran Yayasan Salam Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada warga Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, yang sudi untuk bersama sama dalam menjayakan Program Sukarelawan ini yang bertempat di Jelebu. Negeri Sembilan. Dan Alhamdulillah, sebanyak 20 buah rumah telah menerima sumbangan Makanan kering ini.

          Program ini bertujuan membantu meringankan beban orang yang kurang berkemampuan di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Program sukarelawan ini dapat melahirkan individu yang prihatin serta dapat mewujudkan nilai hormat menghormati.






Para sukarelawan yang terlibat menjayakan program My Ole Ole


Pengagihan makanan kering 

Para sukarelawan bergambar bersama golongan yang menerima bantuan

Para sukarelawan semasa pengagihan makanan kering 

0 ulasan:

Catat Ulasan